Utusan Borneo (Sarawak)

Institut Penyelidik­an Tanah Gambut Sarawak terima lawatan persatuan, agensi

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Saratok telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidik­an Tanah Gambut Sarawak (Sarawak TROPI) kelmarin (24 Ogos).

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, sekitar 25 peserta telah menyertai lawatan tersebut sambil mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia: Penyeliaan dan Operasi Penanaman Kelapa Sawit Tahap 3.

Setelah berpindah ke kampus tetap di Samarahan sejak Januari 2015, Sarawak TROPI kerap dikunjungi untuk tujuan lawatan sambil belajar.

Sebagai sebahagian daripada keperluan kursus tersebut, para peserta memerlukan pendedahan tentang pelbagai jenis tanah gambut dan aktiviti perladanga­n yang berkaitan.

Ceramah selama sejam mengenai perkara tersebut disampaika­n Pengarah Sarawak TROPI Dr Lulie Meling.

Selepas itu, para pelawat dibawa meninjau seluruh kom- pleks khususnya ke makmalmakm­al penyelidik­an tanah gambut.

Pada masa yang sama, Sarawak TROPI menerima rombongan 42 ahli Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Betong.

Lawatan mereka juga bertujuan mengenali institut itu dengan lebih dekat.

Mereka telah diberi taklimat secara menyeluruh tentang fungsi institut oleh Dr Lulie.

Pengetahua­n dan maklumat tentang tanah gambut adalah penting untuk orang Sarawak sebab Sarawak dilitupi kawasan tanah gambut seluas 1.7 juta hektar iaitu 69 peratus daripada jumlah kawasan tanah gambut di Malaysia.

Para pelawat diberitahu tentang kepentinga­n penyelidik­an tanah gambut dan kepentinga­nnya dari segi ekonomi.

Dr Lulie turut berkongsi tentang budaya di Sarawak TROPI yang mewajibkan setiap kakitangan menjaga kebersihan.

Beliau juga menyentuh pemakanan berkhasiat agar otak berfungsi dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia