Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bukti rakyat percaya dengan perjuangan dan keadilan PH demi kebaikan negara

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kemenangan Pakatan Harapan ( PH) mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) lalu merupakan pencapaian terbesar dalam politik di negara ini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kemenangan itu membuktika­n rakyat percaya dengan perjuangan dan keadilan di bawah PH demi kebaikan negara ini.

Menurutnya, perjuangan baharu bermula dan banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Dalam perjalanan dan perjuangan ini kita akan dicabar lagi, mungkin dari dalam atau luar.

“Tetapi, kita mesti jelas dengan perjuangan, baharulah kita akan berjaya,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran PKR Cabang Limbang di sini semalam.

Turut sama Penasihat PKR Cabang Limbang Dr Lau Liak Koi, Ahli Majlis Tertinggi PKR Negeri Dr Ricardo Baba, Ketua Cabang PKR Limbang Edward Bulot dan Timbalan Ketua Cabang PKR Limbang Masanal @ Nasir Akit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan dan Ahli Parlimen Selangau itu berkata, banyak polisi kerajaan lama tidak adil dan boleh diubah di bawah kerajaan PH.

Katanya, rakyat boleh memilih parti politik bukan atas dasar perkauman atau rakan tetapi kemungkina­n atas dasar politik yang diamalkan.

“Bagi saya, ini perkembang­an sihat dan baik demi membangunk­an rakyat keseluruha­nnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PKR tidak mengambil mana-mana calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) mewakili kerusi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Jelas beliau, pihaknya juga tidak menghalang Parti Pribumi Bersatu ( BERSATU) Malaysia dari Semenanjun­g Malaysia bertanding pada PRN akan datang.

“Kita tidak boleh menghalang mana- mana parti untuk ke Sarawak.

“Bagaimanap­un, kita berbincang dengan BERSATU sekiranya mereka ingin bertanding di kerusi ditandingi PKR pada PRN akan datang,” katanya.

 ??  ?? FAEDAH: Chong menyaksika­n Mordi menyampaik­an cek bayaran faedah kepada Douglas semasa mengadakan kunjungan ke PERKESO Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Philip serta beberapa wakil rakyat DAP Sarawak.
FAEDAH: Chong menyaksika­n Mordi menyampaik­an cek bayaran faedah kepada Douglas semasa mengadakan kunjungan ke PERKESO Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Philip serta beberapa wakil rakyat DAP Sarawak.
 ??  ?? AHLI BAHARU: Edward menyerahka­n hampir 2,000 borang permohonan ahli baharu PKR Limbang kepada Baru sambil disaksikan Nasir (kiri), Dr Lau dan Dr Ricardo (kanan) semalam.
AHLI BAHARU: Edward menyerahka­n hampir 2,000 borang permohonan ahli baharu PKR Limbang kepada Baru sambil disaksikan Nasir (kiri), Dr Lau dan Dr Ricardo (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia