Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Negeri Sarawak terima kunjungan mesra wakil rakyat DAP

-

KUCHING: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Negeri Sarawak baru-baru ini menerima kunjungan mesra daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

Dalam kenyataan medianya, mereka terdiri daripada Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa serta Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol.

Hadir sama ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, ADUN Pelawan David Wong Kee Woan, ADUN Padungan Wong King Wei dan ADUN Bukit Assek Irene Mary Chan Oi Ling.

Ketibaan mereka disambut Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Phillip Sangkan serta beberapa pegawai kanan pengurusan organisasi terbabit.

Rombongant­ersebutkem­udiannya diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan serta perkhidmat­an yang disediakan PERKESO kepada masyarakat selain tentang aktiviti Skuad Prihatin mereka.

Pada kunjungan itu, Chong memuji pendekatan PERKESO yang mesra pelanggan dan seterusnya meng- harapkan agar aktiviti seumpama itu diteruskan.

Dr Ting dan David turut menyatakan kesediaan mereka membantu PERKESO mempromosi­kan Akta 789 iaitu Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SPS).

Sementara itu, Philip berharap perjumpaan bersama wakil rakyat terbabit dapat merintis jalinan kerjasama antara semua pejabat PERKESO di seluruh Sarawak dengan pejabat Parlimen di kawasan masing-masing.

Turut diadakan pada sesi kunjungan itu ialah penyampaia­n cek bayaran kepada dua Orang Berinsuran­s iaitu Shahrul Abdullah dan Lobbie Boing oleh Chong manakala satu cek bayaran faedah disampaika­n Mordi kepada Douglas Phillip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia