Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan persekutua­n perlu galas amanah dengan kerajaan memerintah

-

LAWAS: Kakitangan kerajaan persekutua­n perlu menggalas amanah dengan kerajaan memerintah (Pakatan Harapan) seperti yang terkandung dalam Perintah Am sekali gus mengelak mereka dikenakan tindakan disiplin.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata setiap agensi dan jabatan kerajaan persekutua­n termasuk di Lawas dapat membantu menyebarka­n maklumat dan dasar kerajaan kepada penduduk agar mereka memahami perjuangan dan dasar di peringkat pusat.

“Lebih penting semua jabatan dan agensi kerajaan persekutua­n termasuk di Lawas perlu mendukung dan menyokong segala usaha dirancang kerajaan memerintah di peringkat persekutua­n,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Wisma Persekutua­n Lawas kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan dan Ahli Parlimen Selangau itu gembira dengan sokongan padu dan ikrar setia penjawat awam persekutua­n di Lawas terhadap kerajaan baharu.

Jelasnya, beliau berusaha mendapatka­n bangunan baharu Wisma Persekutua­n Lawas dan kemudahan riadah untuk kakitangan­nya seperti dipohon sebelum ini.

Baru juga memberi jaminan akan meneruskan perjuangan menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur lebih baik untuk Sabah dan Sarawak yang ternyata jauh ketinggala­n berbanding negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Wisma Persekutua­n Lawas merangkap Pegawai RELA Daerah Lawas Hanizan Mohd Taib memberi jaminan sokongan padu diberikan kepada kerajaan PH.

Beliau juga menjelaska­n bahawa warga persekutua­n Lawas terus memberi taat setia kepada kerajaan PH yang menjadi kerajaan memerintah di peringkat pusat.

Turut sama Pegawai Penerangan Daerah Lawas Linda Padan dan ketua-ketua jabatan kerajaan lain.

 ??  ?? BERAMAH MESRA: Baru menandatan­gani buku pelawat sambil disaksikan Hanizan (berdiri, empat kanan), Linda (dua kiri) serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
BERAMAH MESRA: Baru menandatan­gani buku pelawat sambil disaksikan Hanizan (berdiri, empat kanan), Linda (dua kiri) serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia