Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran memberangs­angkan pemilik haiwan setiap kali program pemvaksina­n diadakan tanda mereka sedar kepentinga­n suntikan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Tahap kesedaran awam mengenai pentingnya suntikan anti-rabies untuk haiwan peliharaan kini semakin baik.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak ( JPVS) Dr Adrian Susin berkata, ia dibuktikan dengan kehadiran memberangs­angkan daripada pemilik haiwan setiap kali program pemvaksina­n secara besar-besaran diadakan.

“Saya rasa orang awam terutama pemilik haiwan peliharaan ini sudah mengetahui bahaya penyakit rabies.

“Mereka sudah tahu tentang keperluan untuk memberi suntikan anti-rabies kepada anjing mereka. Disebabkan itu setiap kali pemvaksina­n besar-besaran sambutan amat menggalakk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Program Pemvaksina­n Anti-Rabies anjuran JPVS di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Jabatan kata Dr Adrian, akan meneruskan program kesedaran yang telah dimulakan tahun lepas melalui pelbagai kaedah sama ada media massa, dialog, larian dan sebagainya.

Sehingga kini sebanyak 1,757 kempen diadakan di seluruh Sarawak yang melibatkan 53,279 peserta.

Sementara itu tambah beliau, jabatan telah mengadakan lebih 100 kali program pemvaksina­n secara besar- besaran iaitu pada setiap hujung minggu.

Menurut beliau, setakat ini jabatan telah menyuntik 74,298 haiwan peliharaan dan daripada jumlah itu, 66,079 anjing, 8,165 kucing dan se- lebihnya haiwan lain.

“Pada hari ini sahaja kita mengadakan empat program pemvaksina­n yang sama seperti di sini iaitu di Sibu, Sarikei, Betong dan Kuching.

“Kita juga mengadakan program ke kampung-kampung di Serian yang dijangka akan merangkumi semua kawasan di Serian pada akhir tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai program di dewan masyarakat berkenaan yang bermula jam 9 pagi hingga 2 petang beliau memberitah­u 681 ekor anjing mendapat suntikan anti-rabies.

“Banyak ( anjing) yang dibawa datang untuk suntikan kali kedua selepas yang pertama tahun lepas. Suntikan adalah wajib di bawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan

Saya rasa orang awam terutama pemilik haiwan peliharaan ini sudah mengetahui bahaya penyakit rabies. Dr Adrian Susin JPVS

Awam Veterinar1­999.

“Kegagalan memberi suntikan vaksin adalah satu kesalahan di bawah seksyen berkenaan yang boleh didenda RM2,500,” katanya sambil berharap agar anjing atau kucing yang telah divaksin dikurung di kawasan rumah.

 ??  ?? PENCEGAHAN: Dr Adrian menyuntik seekor anjing semasa program pemvaksina­n antirabies di Dewan Masyarakat MBKS, semalam.
PENCEGAHAN: Dr Adrian menyuntik seekor anjing semasa program pemvaksina­n antirabies di Dewan Masyarakat MBKS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia