Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah pengurunga­n terhadap anjing langkah proaktif menghapusk­an rabies

-

KUCHING: Tindakan melaksanak­an perintah pengurunga­n terhadap semua anjing di Sarawak, terutama anjing peliharaan dan berlesen mulai bulan depan, disifatkan langkah proaktif untuk menghapusk­an jangkitan rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak ( JPVS) Dr Adrian Susin berkata, ia kerana kebanyakan kes gigitan sedia ada adalah daripada anjing lepas dan bebas.

“Maka itu anjing yang dikurung mengurangk­an risiko daripada menggigit dan sekiranya kes gigitan berkuranga­n ini dapat membantu kita menghapusk­an jangkitan rabies.

“Maka itu kita mahu menasihati pemilik haiwan agar bekerjasam­a dengan mengurung haiwan peliharaan mereka supaya tidak berkeli- aran,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Pemvaksina­n Anti- Rabies anjuran JPVS di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri pada Mesyuarat Strategi Penghapusa­n Rabies kelmarin, memutuskan untuk memperheba­tkan penguatkua­saan dan melaksanak­an perintah pengurunga­n terhadap semua anjing di negeri ini, terutama anjing peliharaan dan berlesen.

Mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk mewajibkan semua anjing di Sarawak menghadiri suntikan antirabies bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua- duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan.

Sementara itu ketika ditemui semasa program yang sama, rata-rata pemilik anjing bersetuju dengan langkah dilaksanak­an itu.

Tay Shee Hua,22 berkata, ia satu tindakan terbaik yang bukan sahaja mengekang wabak rabies tetapi dari segi aktiviti luaran seperti bersenam di taman-taman.

“Ia amat baik kerana sekarang banyak anjing berkeliara­n dan ia membimbang­kan kita kerana takut jika digigit akan membawa penyakit.

“Selain itu, seperti saya dan keluarga kami sekelu- arga gemar bersenam di luar tetapi sekarang dikurangka­n kerana bimbang dengan anjing yang bebas di luar,” katanya.

Tay yang turut membawa anjing mendapatka­n suntikan vaksin pada program berkenaan berkata, haiwan peliharaan­nya itu sentiasa dikurung dalam pekarangan rumah.

“Maka tiada masalah kepada saya mengenai pelaksanaa­n arahan berkurung bagi anjing ini,” katanya.

Sementara itu Tan Jing Bang, 29, juga berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan arahan mengurung anjing di rumah.

Tambahan katanya, anjing atau haiwan peliharaan­nya itu memang dikurung dalam rumah.

“Namun ada masa kita tidak dapat mengurung mereka dalam rumah sahaja kerana ia perlu berjalan di luar.

“Dalam hal ini, pemilik anjing harus memainkan peranan bagi mengelak sebarang insiden.

“Jika ia sekadar menyalak itu tidak ada masalah, tetapi masalahnya jika ia mengejar orang di sekitar,” katanya.

Tan berkata, pemilik harus memastikan anjing mereka diberi suntikan antirabies sebagai perlindung­an berganda selain menjaga mereka daripada keluar rumah.

 ??  ?? TAY SHEE HUA
TAY SHEE HUA
 ??  ?? TAN JING BANG
TAN JING BANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia