Utusan Borneo (Sarawak)

Permit penjaja Pasar Malam SABERKAS dibatal jika gagal hadir pada sesi undi lot gerai Isnin ini

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membatalka­n permit penjaja Pasar Malam SABERKAS sekiranya didapati gagal hadir pada sesi undi lot gerai pada Isnin ini.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, keputusan menarik balik permit itu diputuskan Jawatankua­sa Tetap Pasar, Peniaga dan Penjaja ( MTH) dan dipersetuj­ui semasa Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis pagi kelmarin.

Beliau memberitah­u, MTH memutuskan untuk meneruskan sesi cabutan undi lot kerana penjaja telah diberi permit oleh MBM untuk berniaga.

Cabutan undi pada Isnin diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang.

“Sekiranya ada peniaga tidak datang untuk mengundi lot, permit mereka akan dibatalkan.

“Ini adalah keputusan jawatankua­sa MTH. Saya menyeru peniaga di (Pasar Malam) SABERKAS untuk tampil mencabut undi dan bekerjasam­a dengan pihak Majlis agar pasar malam dapat beroperasi secara normal,” jelasnya ketika mem-

Ini adalah keputusan jawatankua­sa MTH. Saya menyeru peniaga di (Pasar Malam) SABERKAS untuk tampil mencabut undi dan bekerjasam­a dengan pihak Majlis agar pasar malam dapat beroperasi secara normal. Adam Yii Datuk Bandar MBM

pengerusik­an mesyuarat tersebut.

Mengulas lanjut kepada pemberita selepas mesyuarat, Adam berkata proses cabutan undi adalah untuk menyusun semula gerai-gerai di pasar malam yang telah dinaik taraf.

Ia juga cara untuk menyelesai­kan isu yang membelengg­u kalangan peniaga selama ini.

Adam berkata, jawatankua­sa MTH memutuskan sudah tiba masanya untuk menyusun semula gerai setelah lebih empat tahun tidak dilakukan.

“Semua penjaja di sana beroperasi secara permit. Sesetengah peniaga menentang cabutan undi ini. Tetapi saya menggesa kepada penjaja untuk bekerjasam­a dengan pihak Majlis.

Ini kerana operasi Pasar Malam SABERKAS adalah di bawah bidang kuasa pihak Majlis. Niat kita untuk menyusun semula gerai adalah untuk kebaikan semua termasuk orang awam yang mengunjung­i pasar tersebut,” jelasnya.

Adam berkata, cabutan undi lot baharu adalah untuk berlaku adil kepada semua penjaja yang sesetengah daripada mereka mengadu tersangkut di lokasi sama yang kurang dikunjungi pembeli.

Menurutnya, MBM telah mempraktik­kan sistem penggilira­n lot gerai di pasar-pasar lain di sini.

“Proses undi ini juga untuk mengatasi aktiviti perniagaan tidak dibenarkan di gerai-gerai di pasar malam. Menerusi cara ini juga kita dapat memperbaik­i situasi di tempat itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, penjaja diminta berfikiran terbuka dan terlibat dalam pengundian lot agar proses dapat berjalan lancar.

MTH turut memutuskan bahawa penjaja yang tidak hadir menunjukka­n mereka tidak berminat terus berniaga di pasar malam.

Sehingga kini, seramai 174 penjaja berniaga di Pasar Malam SABERKAS menjual pelbagai produk terdiri daripada makanan, minuman, sayuran, buah-buahan, bunga, pakaian, bahan bacaan dan permainan kanak-kanak.

Operasi perniagaan dari Rabu hingga Sabtu bermula jam 2 petang hingga 11 malam.

 ??  ?? BINCANG: Adam ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis di MBM kelmarin.
BINCANG: Adam ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis di MBM kelmarin.
 ??  ?? KERJASAMA: Pegawai kanan dan anggota polis IPD Bintulu bekerjasam­a melapah daging korban.
KERJASAMA: Pegawai kanan dan anggota polis IPD Bintulu bekerjasam­a melapah daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia