Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat Agama Islam Bahagian Serian perlu dinaik taraf

-

KUCHING: Saudara baharu di bahagian Serian meminta perkhidmat­an di Pejabat Agama Islam Bahagian Serian dinaik taraf bersesuaia­n dengan kependuduk­an di sini.

Seorang pengadu yang enggan namanya disiarkan berkata pihaknya mengalami kesulitan setiap kali mahu berurusan rasmi dengan wakil yang sering tidak ada di Pejabat Agama Islam di Masjid Serian.

“Bayangkan, mereka yang datang dari Tebedu terpaksa ke Serian yang sudah sekian jauh perjalanan, kemudian jika bukan hari Selasa atau Khamis perlu terus ke Samarahan untuk berurusan.

“Tidak apa jika saudara Islam ini berkemampu­an, bagaimana dengan mereka yang tidak berkemampu­an dan datang dari jauh dan kerjanya hanya bertani kecilkecil­an?,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Tambah pengadu, pejabat tersebut masih lagi menumpang di JAIS Samarahan dan kononnya sudah ditempatka­n sementara di Masjid Serian bagi hari Selasa dan Khamis.

Persoalann­ya mengapa petugas tersebut diberikan gaji tetapi hanya datang ke bahagian Serian yang memang memerlukan perkhidmat­an di sini bagi dua hari berkenaan sahaja, ujarnya.

“Perkara tersebut menyukarka­n saudara baharu di bahagian Serian untuk mendapatka­n pengesahan dokumen dan sebagainya, untuk mendapatka­n tandatanga­n sahaja perlu ke Samarahan yang begitu jauh dari Serian.

“Kenapa tidak buat setiap hari, kenapa dua hari sahaja? Pernah juga terdengar pihak Pejabat Daerah Serian menawarkan sebuah ruang pejabat untuk JAIS Serian ditempatka­n di situ.

“Alasan yang didengar, tidak berpuas hati dengan tempat berkenaan yang kononnya tidak bersesuaia­n.

“Banyak rumah kedai di Serian, cubalah pihak berkenaan menyewa di sini,” katanya.

Pejabat JAIS Bahagian Serian telah ditubuhkan sejak 2015 dan banyak lagi pegawai kerajaan dan sektor lain yang tinggal di Kuching tetapi berulang-alik ke Serian setiap hari untuk menjalanka­n tugas.

Persoalann­ya, adakah wakil JAIS ini dibayar gaji untuk hari Selasa dan Khamis sahaja kerana sebelum ini ada wakil yang memberi alasan rumahnya di Samarahan dan jauh dari Serian.

 ??  ?? PERLU DIPERTINGK­AT: Masa beroperasi Pejabat Agama Islam Bahagian Serian yang kadangkala tidak ada perwakilan.
PERLU DIPERTINGK­AT: Masa beroperasi Pejabat Agama Islam Bahagian Serian yang kadangkala tidak ada perwakilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia