Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sri Aman bantu hantar warga emas ke hospital

-

SRI AMAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman membantu membawa seorang warga emas berusia 82 tahun ke Hospital Sri Aman menerima rawatan lanjut akibat sakit tua malam Khamis lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihakn- ya menerima aduan daripada seorang dikenali Irwanshah memberitah­u warga emas, Akau Rimong telantar sakit tua di rumahnya di Taman Sri Jaya.

Bertindak atas maklumat, seramai tiga anggota APM Sri Aman bersama sebuah ambulans bergegas ke rumah warga emas itu.

“Setibanya pasukan kami di rumahnya mendapati warga emas itu terlantar sakit dan tidak dapat bergerak atau berjalan.

“Kami membantu mengangkat mangsa ke ambulans milik APM Sri Aman untuk dirujuk ke Hospital Sri Aman bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya. SIBU: Sebanyak lima ekor lembu dikorbanka­n pada ibadah korban dan akikah 2018 anjuran Jawatankua­sa Penduduk Kampung Datu Baru di sini, semalam.

Penyembeli­han lembu itu adalah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di pekarangan Surau Darul Jannah, Kampung Datu Baru di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Ibadah Korban dan Aqiqah 2018 Kampung Datu Baru Hamdan Jaiee berkata daging korban diagihkan kepada penduduk kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan balu.

“Kerja menyembeli­h dan melapah daging dijalankan penduduk kampung dan ia adalah program tahunan,” katanya.

 ??  ?? IKHLAS: Hamdan (tengah) menyerahka­n bungkusan daging korban kepada salah seorang penerima di Sibu semalam.
IKHLAS: Hamdan (tengah) menyerahka­n bungkusan daging korban kepada salah seorang penerima di Sibu semalam.
 ??  ?? BANTU: Pasukan APM Sri Aman membantu mengangkat warga emas dirujuk ke Hospital Sri Aman malam Khamis lalu.
BANTU: Pasukan APM Sri Aman membantu mengangkat warga emas dirujuk ke Hospital Sri Aman malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia