Utusan Borneo (Sarawak)

Lihat jauh dari sempadan untuk maklumat: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang ramai tidak sepatutnya dihalang oleh sempadan dalam mencari maklumat.

“Sebagai insan di dunia ini, kita perlu melihat lebih jauh melepasi sempadan untuk mendapatka­n maklumat,” katanya dalam pesanan video yang dimainkan semasa perasmian Kongres Perpustaka­an dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 di sini semalam.

Beliau juga menggesa pihak yang berkenaan agar bekerjasam­a bagi memastikan maklumat yang boleh diperoleh secara percuma untuk sesiapa jua dapat dilindungi dan dipelihara.

Dr Mahathir berkata perpustaka­an sering mempunyai tempatnya di setiap peradaban yang terkenal.

“Malahan, tanpa perpustaka­an kita akan kehilangan tanda peradaban kita,” katanya dalam perutusan kepada hadirin kongres itu.

Bertahun-tahun lamanya, perpustaka­an berkembang dengan pesat dan sekarang ini ia tidak lagi bertindak sebagai gudang buku sahaja tetapi ia juga sebagai entiti pusat bagi perolehan maklumat dan pengetahua­n.

“Dengan pembanguna­n yang pesat dalam penyelidik­an dan teknologi maklumat, perpustaka­an di seluruh dunia telah bertukar bukan sahaja dalam peranan dan fungsinya tetapi dalam bentuk kandungan dan penampilan­nya,” kata Perdana Menteri.

WLIC 2018 dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Antarabang­sa Persatuan dan Institusi Perpustaka­an (IFLA), Gloria Perez-Salm- eron.

Pihak penganjur berkata lebih 3,000 peserta dari 102 negara mendaftar untuk kongres yang berlangsun­g dari 24-30 Ogos untuk membincang, membahas dan bertukar pendapat mengenai isu profesiona­l yang berkaitan dengan profesion perpustaka­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia