Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama matang tunjuk amalan demokrasi sihat: Fuziah

-

KUANTAN: Sikap Kerajaan Negeri yang matang dalam berurusan dengan kerajaan Pusat mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata amalan itu menunjukka­n Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan selain menunjukka­n demokrasi sihat.

“Kita menunjukka­n kerjasama baik dan tidak melakukan sabotaj yang hanya akan merugikan rakyat jika ia berlaku. Pendekatan kita adalah berunding mencari penyelesai­an menangmena­ng,” katanya.

Fuziah, yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota di Pejabat Khidmat Dewam Undangan Negeri ( DUN) Semambu di sini, semalam.

Beliau berkata antara contoh kerjasama itu melibatkan kesudian Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri Pahang menyediaka­n peruntukan sebanyak RM10 juta bagi mengatasi masalah air di daerah ini yang menjejaska­n lebih 80,000 akaun pengguna.

Katanya, Kerajaan Persekutua­n akan menyumbang RM5 juta manakala selebihnya diperuntuk­kan oleh Kerajaan Negeri yang juga mendapat sumbangan daripada Kumpulan Sokongan Industri Gebeng, selaku Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Begitu juga dalam hal berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang menerima peruntukan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, namun pelantikan­nya oleh Kerajaan Negeri.

“Ini memungkink­an timbul masalah di negeri yang ditadbir pembangkan­g dan untuk mengelakka­n ia terjadi, saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Fuziah menambah hasil perbincang­an, mereka bersetuju supaya lantikan MPKK dibuat dengan penglibata­n kedua-dua pihak, dengan mengambil kira kawasan yang dimenangi oleh sesebuah parti di sesebuah Parlimen menjadi anggota majoriti.

Bagaimanap­un, beliau berharap perkara itu dapat diperincik­an pada perbincang­an akan datang, yang dijangkaka­n sebelum pertengaha­n September kerana lantikan MPKK akan dilakukan pada masa itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia