Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan bantu bina semula kediaman rosak akibat ribut di Langkawi

-

LANGKAWI: Kerajaan akan menyediaka­n peruntukan bagi membina semula kediaman mangsa ribut dan banjir kilat yang berlaku di sini Khamis lepas, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau berkata usaha pembinaan semula ini akan dilaksanak­an secepat mungkin bagi membolehka­n mereka kembali menjalanka­n kehidupan mereka seperti biasa.

“Kita akan peruntukan (dana) untuk membina semula agar mereka dapat balik ke rumah mereka,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa kejadian itu yang kini ditempatka­n sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang di sini.

Menurut maklumat yang diterima Bernama, Angkatan Pertahanan Awam ( APM) menyatakan sebanyak 49 kediaman rosak ekoran kejadian bencana itu yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi Khamis itu.

Seramai 207 mangsa juga sedang ditempatka­n sementara di SK Kuala Teriang dan angka ini dijangka bertambah berikutan terdapat mangsa yang masih belum berdaftar dengan APM.

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, turut mengucapka­n penghargaa­n beliau kepada semua agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorang­an yang menyalurka­n bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.

Beliau yang turut diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan Ayer Hangat, Juhari Bulat, turut menyampaik­an sumbangan kepada mangsa di pusat penempatan sementara itu.

Juhari yang ditemui Bernama selepas itu menyatakan dianggarka­n RM595,526 diperlukan untuk membina semula 42 buah daripada rumah yang rosak akibat bencana ini.

Katanya usaha pembinaan semula ini perlu dipercepat­kan memandangk­an mangsa terlibat tidak dapat tinggal terlalu lama di pusat pemindahan ini.

“Kita juga telah mencadangk­an rancangan ini membabitka­n Angkatan Tentera Malaysia melalui projek Jiwa Murni mereka bagi mempercepa­tkan lagi kerjakerja membina semula ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi meninjau keadaan kediaman yang musnah dilanda ribut di Kampung Kuala Melaka, Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama MENINJAU: Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi meninjau keadaan kediaman yang musnah dilanda ribut di Kampung Kuala Melaka, Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia