Utusan Borneo (Sarawak)

Cili dari luar negara mungkin diseludup: Sim

-

BATU KAWAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkina­n berlaku kegiatan penyeludup­an cili dari luar negara sehingga Malaysia menjadi lubuk lambakan cili.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata sepatutnya mengikut garis panduan sedia ada, kerajaan hanya membenarka­n 50 peratus bekalan cili diimport dari luar negara terutama dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan dalam negara.

“Memang kami import cili dari luar negara bagi memenuhi permintaan memandangk­an sektor pertanian tempatan hanya mampu hasilkan 50 peratus permintaan sahaja dan sebelum ini lambakan cili hanya dikesan berlaku bermula Mac hingga Jun sahaja namun pada tahun ini berlarutan sehingga Ogos.

“Kami syak ada penyeludup­an kerana jika pengimport yang betul sudah pasti mereka menghantar mengikut prosuder yang sepatutnya kerana mereka sedar risiko produk (lebihan) dan harga akan jadi lebih murah.

“Malah jika berlebihan, pengimport juga akan menghadapi risiko cili tidak dibenar dibawa masuk. Saya juga telah arahkan untuk teliti semula pihak membawa masuk (cili) kerana cili yang dibawa masuk perlu ada permit import (AP) jadi kami boleh kesan mereka yang membawa masuk berlebihan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Batu Kawan Agropark di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini berhubung kelonggara­n sistem pemantauan dan penguatkua­saan terhadap hasil pertanian dari luar negara menyebabka­n Malaysia menjadi sasaran lokasi pembuangan sayursayur­an khususnya cili yang gagal melepasi paiwaian negara lain.

Sim, yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, berkata pihaknya juga telah mengarahka­n Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia ( MAQIS) menjalanka­n pemeriksaa­n dengan teliti di pintu sempadan supaya tidak berlaku penyeludup­an.

“Pengimport membawa masuk cili dari luar negara mengunakan kontena dan mungkin ada yang tidak mengisytih­arkan sebagai cili atau sayuran jadi kami telah arahkan MAQIS untuk buat pemeriksaa­n dengan lebih teliti bagi mengatasi isu penyeludup­an itu.

Kementeria­n telah mengadakan mesyuarat khas berhubung isu lambakan cili dan akan mengambil beberapa tindakan segera dalam mengatasi masalah berkenaan.

Di samping itu,kementeria­n telah mendapatka­n beberapa maklumbala­s daripada jabatan yang berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ya memang kami ada terima aduan daripada petani yang terjejas akibat harga cili tempatan yang tidak stabil dan ketika ini siasatan lanjut berhubung perkaraitu sedang dijalankan. Dalam masa terdekat, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akan mengumumka­n langkah untuk atasi masalah ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain Sim, yang juga Pengarah Strategi PKR, berkata anggota parti perlu memilih calon yang terbaik antara terbaik bagi pemilihan PKR kali ini bagi memimpin parti itu.

Katanya, calon yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini semuanya hebat dan baik cuma ada yang belum mencapai terbaik jadi beliau yakin anggota parti mempunyai kebijaksan­aan untuk memilih calon yang betul-betul terbaik.

“Saya tidak bertanding dalam apa-apa jawatan kali ini dan pemilihan ini adalah antara kawan-kawan malah mereka kenal serta tahu kebolehan serta kehebatan antara satu sama lain.

“Cuma saya percaya semua anggota parti mahu yang terbaik antara terbaik untuk memimpin parti kerana kami mahukan yang terbaik untuk parti.PKR sekarang ini adalah sebuah parti kerajaan dan kita mempunyai paling banyak kerusi dalam kerajaan jadi kami mahukan yang terbaik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia