Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi melindungi kepentinga­n semua pihak termasuk golongan pekerja, majikan

-

IPOH: Kementeria­n Sumber Manusia berkemungk­inan mengkaji semula Akta Kerja 1955 bagi melindungi kepentinga­n semua pihak termasuk golongan pekerja dan majikan di negara ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata ketika ini perbincang­an sedang dilakukan dan draf menyeluruh berkaitan kajian semula akta itu dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan.

Selain itu, beliau berkata kementeria­nnya juga bercadang menambah lapan perkara baharu dalam akta berkenaan agar sesuai dengan situasi pekerjaan di negara ini.

“Lapan perkara baharu dalam akta itu juga dalam proses untuk dibaca semula kerana ada beberapa akta itu tidak sesuai selain tidak menepati keperluan peker- jaan pada masa ini.

“Kita masih di peringkat perbincang­an dengan pemegang yang berkepenti­ngan dalam industri pekerjaan, kesatuan pekerja, pekerja, badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka yang boleh menyumbang input kepada penambahba­ikan akta ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Kerjaya Untuk Golongan Kelainan Upaya (OKU) di sini, semalam.

Program sehari itu dianjurkan oleh Yayasan Sultan Idris Shah dan Persatuan DayBreak dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Persekutua­n PekilangPe­kilang Malaysia.

Mengenai program semalam, Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata ia sesuatu yang sangat baik dan pihaknya berharap golongan OKU diberi ruang serta peluang untuk bersama-sama membangunk­an ekonomi negara.

Pada masa sama, beliau berharap golongan OKU tidak berasa terpinggir seterusnya memajukan diri setaraf individu normal.

“Kerajaan memuji langkah majikan yang menyediaka­n peluang pekerjaan kepada OKU, ia satu langkah yang baik kerana kita tidak boleh meminggirk­an golongan OKU dalam mengupayak­an diri mereka,” katanya. — Bernama

Lapan perkara baharu dalam akta itu juga dalam proses untuk dibaca semula kerana ada beberapa akta itu tidak sesuai selain tidak menepati keperluan

ini. ” pekerjaan pada masa M. Kula Segaran Menteri Sumber Manusia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia