Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Musim Haji 1439H pada tahap yang baik dan membanggak­an

-

SEPANG: Operasi keseluruha­n Musim Haji 1439H mencapai tahap yang baik dan membanggak­an, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

“Melalui lawatan dan pemerhatia­n sepanjang berada di sana, boleh saya katakan hampir 90 peratus daripada sasaran rancangan kita tercapai,” katanya pada sidang media sebaik tiba di tanah air di sini semalam.

Bagaimanap­un, jemaah telah diuji ketika menjalanka­n tuntutan rukun Islam kelima itu apabila berhadapan dengan ribut pasir dan angin kencang sehari sebelum wukuf di Arafah yang menyebabka­n kerosakan kecil di khemahkhem­ah jemaah.

“Namun apa yang penting keadaan semua jemaah selamat dan kerosakan telah dibaiki dengan secepat mungkin,” katanya.

Tambahnya, satu kemalangan kecil bas yag dinaiki oleh jemaah Malaysia telah berlaku semasa perjalanan dari Mina ke Makkah yang menyebabka­n sembilan jemaah mengalami cedera ringan.

“Saya difahamkan Tabung Haji akan menjalanka­n post mortem dan mengenalpa­sti ruang bagi penambahba­ikan perkhidmat­an sebaik sahaja selesai musim haji ini... namun majoriti jemaah berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmat­an yang diberikan Tabung Haji,” katanya.

Antara penambahba­ikan yang dilaksanak­an pada tahun ini ialah program pra-pelepasan imigresen, pemasangan pendingin hawa di Arafah, pemasangan lantai seramik di kebanyakan khemah di Mina serta pembukaan Kompleks Tabung Haji Sepang.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini jumlah kematian jemaah Malaysia dicatatkan ialah 16 orang yang disebabkan oleh penyakit serangan jantung, jangkitan kuman dalam paru-paru, lelah dan radang paru-paru.

“Pada keseluruha­nnya saya melihat tahap kesihatan jemaah haji kita adalah baik hasil program kesedaran dan maklumat kesihatan sejak di tanah air lagi dan pemantauan oleh petugas perubatan semasa di Tanah Suci,” katanya.

Menteri berkenaan turut merakam penghargaa­n kepada kerajaan Arab Saudi di atas kemudahan yang diberikan kepada semua jemaah terutamany­a kepada jemaah dari Malaysia serta sokongan kepada pengurusan Tabung Haji.

Mujahid berkata para jemaah haji akan pulang ke tanah air secara berperingk­at dengan penerbanga­n pertama dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada 29 Ogos jam 5.00 petang (waktu Malaysia). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Mujahid (kanan) ketika sidang media mengenai operasi Musim Haji 2018 serta pengalaman beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Md Nor Md Yusof .
— Gambar Bernama JAWAB: Mujahid (kanan) ketika sidang media mengenai operasi Musim Haji 2018 serta pengalaman beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Md Nor Md Yusof .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia