Utusan Borneo (Sarawak)

Serahkan siasatan kepada pihak polis: Irwan

-

PUTRAJAYA: Serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap isu pembayaran balik cukai, kata bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Beliau berkata semua pihak dan pegawai terlibat dalam Jawatankua­sa Aliran Tunai seharusnya memahami perkara itu.

“Mereka tahu kebenarann­ya dan prosedur operasi kewangan yang harus dipatuhi dalam mengurus kedudukan kewangan negara,” katanya menerusi kenyataan bagi mengulas isu tersebut di sini semalam.

Jawatankua­sa Aliran Tunai seliaan Kementeria­n Kewangan diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan.

“Allah mengetahui kebenaran dan akan melindungi mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa kerajaan terdahulu gagal mengembali­kan lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah berjumlah RM16.046 bilion pada akhir Mei lepas.

Terdahulu, beliau juga mendakwa bahawa bayaran balik cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sebanyak RM19.25 bilion belum dipulangka­n berikutan kegagalan pemindahan wang yang mencukupi kepada tabung amanah yang berkaitan.

Dilaporkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahka­n dakwaan Lim bahawa RM16.046 bilion lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah masih belum dikembalik­an kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Sabin Sabitah dilaporkan mengesahka­n bahawa jumlah itu membabitka­n 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan setakat 13 Mei tahun ini.

Beliau berkata penangguha­n pengembali­an cukai itu adalah berikutan kekurangan dana dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia