Utusan Borneo (Sarawak)

Status ECRL bergantung keputusan rundingan pihak swasta terlibat

-

KUANTAN: Status pelaksanaa­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bergantung kepada keputusan rundingan antara syarikat swasta yang terlibat, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menambah tempoh masa yang sewajarnya perlu diberi kepada syarikat berkenaan untuk meneliti dan merundingk­an semula beberapa perkara sebelum mencapai keputusan muktamat.

“Perkara paling penting ialah kedua-dua pimpinan negara bersetuju ia perlu dirundingk­an dan ini memudahkan keputusan dicapai. Pihak China faham dengan masalah yang dihadapi kerajaan Malaysia.

“Namun keputusan dan perinciann­ya mesti dibuat oleh syarikat dalam perjanjian itu dan kerajaan tidak mahu campur tangan secara keterlalua­n. Kita beri sedikit masa kepada mereka.

“... jika diteruskan bagaimana dengan jumlah kosnya atau jika dibatalkan, jangan pula kita dikenakan penalti terlalu tinggi,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri Program Dialog ‘10 Janji 100 Hari: Apa Kata Menteri’ di sini, semalam.

Saifuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sedang mengkaji sama ada menangguhk­an atau mencari kaedah lain untuk melaksanak­an ECRL.

Kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan awal Dr Mahathir pada 21 Ogos lepas, semasa lawatannya ke China, yang mengumumka­n pembatalan projek ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) atas alasan kewangan negara.

Pembinaan ECRL yang melibatkan laluan sejauh 688.3 kilometer itu dengan kos melebihi RM80 bilion membabitka­n syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan kontraktor utama China Communicat­ions Co. Ltd (CCCC).

Saifuddin berkata setakat ini, beliau faham Perdana Menteri menyifatka­n perjanjian ECRL sebagai ‘perjanjian bodoh’ kerana harga lebih mahal daripada sepatutnya selain Malaysia perlu membayar penalti yang tinggi jika dibatalkan.

“Tun M (Dr Mahathir) pada pertemuann­ya dengan Perdana Menteri China Li Keqiang dan Presiden Xi Jinping telah menegaskan Malaysia adalah sebuah negara yang menghormat­i perjanjian.

“Tetapi kita minta China memahami kerajaan baharu ini mewarisi hutang yang teruk selain perjanjian perniagaan mestilah bersifat adil dan saksama serta menguntung­kan kedua-dua pihak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia