Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut letupan kilang di Rawang

Mesin bekalan kuasa di peringkat akhir ujian, meletup di kilang berkenaan

-

Difahamkan mesin berkenaan telah dicuba beberapa kali sebelum ini dan ini adalah ‘ujian terakhir’. Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

RAWANG: Seorang pemilik kilang kejurutera­an elektrik dan dua pekerja termasuk seorang warga Bangladesh maut apabila mesin bekalan kuasa yang dikatakan di peringkat akhir ujian, meletup di kilang berkenaan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata ketiga-tiga lelaki berusia 50-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain warga Bangladesh, dua yang terkorban dalam kejadian 11 pagi itu merupakan rakyat tempatan manakala sorang pekerja warga Bangladesh cedera.

“Difahamkan mesin berkenaan telah dicuba beberapa kali sebelum ini dan ini adalah ‘ujian terakhir’. Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” kata Samsor kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata bahagian dalam dan bumbung kilang berkenaan rosak teruk akibat serpihan besi berterbang­an sehingga sejauh 100 meter akibat letupan itu.

“Kilang ini mempunyai

ACP Samsor Maarof Ketua Polis Daerah Gombak

lesen sah serta telah beroperasi sejak tiga tahun lalu,” kata Samsor.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata lapan anggota dan seorang pegawai dari balai bomba berkenaan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11 pagi.

Seorang pekerja kilang bersebelah­an yang hanya ingin dikenali sebagai Azimah, berkata beliau tidak menyangka bunyi bising yang didengarny­a adalah bunyi letupan.

“Saya dengar bunyi kuat dan bunyi besi jatuh, ingatkan budak-budak main lempar besi namun tak sangka ada letupan mesin,” kata wanita itu.

Kesemua mangsa yang maut dan cedera di bawa ke Hospital Sungai Buloh. Nama mereka masih belum dikeluarka­n oleh pihak polis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANGSA LETUPAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengangkat salah satu mayat daripada tiga mangsa letupan akibat kegagalan mesin bekalan kuasa di sebuah kilang kejurutera­an elektrik di Rawang, semalam.
— Gambar Bernama MANGSA LETUPAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengangkat salah satu mayat daripada tiga mangsa letupan akibat kegagalan mesin bekalan kuasa di sebuah kilang kejurutera­an elektrik di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia