Utusan Borneo (Sarawak)

Berbanding peruntukan untuk melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita

-

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mendahuluk­an keperluan penduduk berbanding peruntukan untuk melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, berkata bagaimanap­un, peruntukan itu perlu dinilai berdasarka­n keperluan penduduk sekitar dan tidak dibuat sewenangny­a-wenangnya.

“Kita ada target untuk meletakkan 30 peratus penyertaan wanita dalam kebanyakan jawatan PBT.

“Tetapi kita mesti perincikan. Ia mestilah ada kelayakan untuk peruntukan itu dan mengambil kira keperluan untuk penduduk.

“Satu daripada syaratnya adalah kalau boleh ahli majlis PBT diketengah­kan dari kalangan penghuni dan pengundi,” katanya ketika menyertai program sembelihan korban di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam,

Tetapi kita mesti perincikan. Ia mestilah ada kelayakan untuk peruntukan itu dan mengambil kira keperluan untuk penduduk. Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

Ampang, di sini semalam.

Dr Wan Azizah meluangkan masa kira- kira sejam bersama ratusan penduduk kariah berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sambil bersalaman dan bergambar.

Kelmarin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan menilai semula peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita.

Jelasnya, polisi telah mula dilaksanak­an dan akan disemak keberkesan­annya dua tahun lagi.

Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 ahli majlis dan sekiranya 30 peratus (dalam kalangan wanita) bermaksud sekurang-kurangnya lapan orang mesti diwakili wanita.

Ahli majlis dilantik setiap dua tahun sekali dan sekiranya PBT gagal mematuhi syarat Sistem Penarafan Bintang terdapat kemungkina­n mereka gagal mendapatka­n peruntukan, namun semuanya akan dinilai semula. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Wan Azizah (tengah) membantu mengagihka­n daging korban bersama sukarelawa­n badan bukan kerajaan (NGO) dan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Masjid Nurul Hidayah pada Program Sembelihan Korban di Kampung Pandan Dalam, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Wan Azizah (tengah) membantu mengagihka­n daging korban bersama sukarelawa­n badan bukan kerajaan (NGO) dan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Masjid Nurul Hidayah pada Program Sembelihan Korban di Kampung Pandan Dalam, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia