Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Azizah sedih kes kecuaian penjagaan kanak-kanak berulang

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menzahirka­n kesedihan ekoran berlaku lagi kes kecuaian penjagaan kanak-kanak biarpun pelbagai langkah dan nasihat diberikan sebelum ini.

“Saya rasa sedih ia masih lagi berlaku. Macam tidak ada kesudahan walaupun kita mengambil langkah-langkah untuk mencegah dan menanganin­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian keti- ka diminta mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang kritikal dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhny­a di sini, Isnin lepas.

Ibu bayi berkenaan, Zura Emilia Mokhtar, 26, berkata, Muhammad Ummar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz, mula dihantar ke rumah pengasuh yang dikenali melalui laman Facebook itu kira-kira seminggu sebelum kejadian.

Pengasuh itu dilapor telah direman polis mulai semalam bagi membantu siasatan.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ibu bapa seharusnya mengambil kira aspek dan kriteria kelayakan seseorang pengasuh khasnya kepada yang mempunyai latihan bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini menimpa anak mereka.

“Ibu bapa mestilah memilih dan mengetahui tempat pengasuhan itu mempunyai aspek yang sepatutnya untuk keselamata­n anak.

“Namun saya tahu ada kekanganny­a seperti masalah pengangkut­an, kerja dan rumah pengasuh jauh dan ini mesti diambil kira,” katanya.

Dr Wan Azizah turut mengesyork­an kepada ibu bapa supaya mengambil pengasuh yang berdaftar dengan kementeria­n atau pihak berwajib selain tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan kanak-kanak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia