Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan

-

KOTA BHARU: Hampir 700 daripada 1,000 permohonan untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dibatalkan kerana pemilihann­ya tidak dilakukan dengan telus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata justeru, kementeria­nnya membuka permohonan baharu hingga 13 Sept depan bagi penempatan di PPR terbabit.

“Setakat ini, hanya 325 pemohon yang layak menduduki kerana penempatan semula kawasan setinggan manakala baki selebihnya kita terpaksa gugurkan dan membuka kembali permohonan.

“Ini kerana permohonan sebelum ini dilakukan dengan cara yang tidak telus dan saya harapkan kumpulan pertama akan menduduk PPR terbabit pada 1 Okt ini,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata kementeria­nnya akan membatalka­n mana- mana permohonan yang dikesan tidak mengikut prosedur ditetapkan di seluruh negara.

“Kita nak berlaku adil kepada rakyat yang benarbenar memerlukan rumah. Tapisan selepas ini lebih telus dan rumah akan diberikan kepada mereka yang layak,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru agar anggota parti pelbagai peringkat untuk mengamalka­n politik matang terutama sepanjang pemilihan berlangsun­g.

“Jadi kalau ada apa-apa yang membawa kepada per- pecahan (sepanjang tempoh berkempen) saya harap anggota parti boleh bersikap matang seperti yang saya cuba terapkan dalam parti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Ahmad Faizal (tengah) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli ketika hadir bagi merasmikan Bangunan Chinta Bistari, Pusat Kecemerlan­gan dan Pendidikan Orang Asli di Kampung Kerewat, Simpang Pulai dekat Gopeng, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Ahmad Faizal (tengah) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli ketika hadir bagi merasmikan Bangunan Chinta Bistari, Pusat Kecemerlan­gan dan Pendidikan Orang Asli di Kampung Kerewat, Simpang Pulai dekat Gopeng, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Zuraida menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Zuraida menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia