Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli, pemburu haram bersekongk­ol di Perak

-

SIMPANG PULAI: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semalam mendedahka­n terdapat kumpulan masyarakat Orang Asli di Pengkalan Hulu yang bersekongk­ol dengan pemburu haram sehingga menyebabka­n hidupan liar seperti harimau di Taman Negeri Royal Belum semakin pupus.

Beliau berkata kumpulan itu menerima bayaran antara RM400 hingga RM500 untuk memasang perangkap bagi memerangka­p ‘pak belang’.

“Ada (Orang Asli) yang bekerjasam­a dengan pemburu untuk tanam perangkap harimau dan ini adalah antara punca harimau semakin berkurang kepada hanya kira-kira 40 ekor berband- ing beratus- ratus sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Chinta Bistari Pusat Kecemerlan­gan Pendidikan Orang Asli Perak di sini.

Selain itu, beliau berkata terdapat juga segelintir Orang Asli yang sanggup membenarka­n pembalakan haram di kawasan mereka sehingga menyebabka­n pencemaran alam dan akhirnya menjejaska­n kehidupan masyarakat tersebut.

“Orang Asli tak dapat apaapa, air sungai jadi keruh dan yang untung pembalak haram. Orang Asli mesti bersatu hati menjaga bumi kita, jangan biarkan orang luar rosakkanny­a,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderian­g meminta ibu bapa daripada kalangan Orang Asli agar mengikis perasaan takut untuk menghantar anak ke sekolah demi masa depan mereka.

“Anak-anak wajar dapat yang terbaik untuk masa depan mereka. Kalau sayangkan anak dan cucu bagilah pendidikan yang sempurna.

“Pelbagai kemudahan disediakan kerajaan tapi tak nak hantar anak ke sekolah, risau, susah hati (jadi perkara tidak baik) banyak alasan dan sikap ini tidak berubah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Terdahulu, Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak ( YOAP) Suki Mee dalam ucapannya berkata pusat kecemerlan­gan itu dibangunka­n bersama pihaknya dengan MHC Plantation­s Bhd, sebuah syarikat perladanga­n bagi membangun serta memajukan masyarakat Orang Asli.

“YOAP sentiasa berusaha untuk memperkasa masyarakat Orang Asli dalam pelbagai aspek terutama pendidikan kerana masih jauh ketinggala­n,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan dapat terus menjaga serta memastikan hak serta kebajikan Orang Asli di Perak amnya dan Malaysia khasnya terjamin serta terpelihar­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia