Utusan Borneo (Sarawak)

Floria festival bunga dan taman terbesar serantau Pengiktira­fan terbaharu diterima Floria apabila dilantik ke Council of Asia Flower Exhibition­s ditubuhkan di Korea Selatan

-

PUTRAJAYA: Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya kini adalah festival bunga dan taman yang terbesar di rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, perakuan itu adalah menerusi pengiktira­fan terbaharu yang diterima Floria apabila dilantik ke Council of Asia Flower Exhibition­s atau CAFE yang ditubuhkan di Korea Selatan.

“Ini adalah satu penghormat­an kepada Floria yang diakui sebagai festival bunga dan taman terbesar di rantau ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya 2018 di sini semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2018 dan meluangkan masa dua jam melawat festival berkenaan semalam.

Tambah Dr Wan Azizah, usaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Perbadanan Putrajaya meletakkan Putrajaya sebagai satu daripada destinasi dalam peta festival pesta bunga-bungaan sedunia atau ‘World Flower Show Map’ kini membuahkan hasil apabila Floria menerima 10 anugerah sesuai dengan sambutan ulang tahun ke-10 Floria.

Antara anugerah yang per- nah diterima Floria ialah ‘Creative Excellence Award di Melbourne Internatio­nal Flower and Garden Show’ pada 2016 dan Anugerah Emas Malaysian Tourism Council.

Floria Putrajaya berjaya menarik 300,000 pengunjung menerusi penganjura­n pertamanya pada 2007 dan sentiasa mencatatka­n peningkata­n pengunjung dengan Floria 2016 merekodkan 826,811 pengunjung.

Hasrat Malaysia ialah men- jadikan Floria setara dengan Festival Tulip Belanda di Keukenhof, Belanda setiap tahun yang menerima satu juta pengunjung dari lebih 100 negara, kata Dr Wan Azizah lagi.

Floria Diraja Putrajaya 2018 dibuka kepada orang ramai mulai semalam hingga 2 Sept dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Tiket dewasa bagi warganegar­a Malaysia (Isnin-Khamis) ialah RM12 dan ( Jumaat hingga Ahad). ialah RM15. Sementara bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) tiket berharga RM6 (Isnin-Khamis) dan (Jumaat-Ahad) RM8. Bagi bukan warganegar­a tiket berharga RM24 (Isnin-Khamis) dan (Jumaat-Ahad) RM30. Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk pembelian secara dalam talian. — Bernama

Ini adalah satu penghormat­an kepada Floria yang diakui sebagai festival bunga dan taman terbesar di rantau ini. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? CANTIK: Sultan Sharafuddi­n (kiri) berkenan merakamkan gambar ketika melawat Floral Pavilion selepas merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 semalam.
— Gambar Bernama CANTIK: Sultan Sharafuddi­n (kiri) berkenan merakamkan gambar ketika melawat Floral Pavilion selepas merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Sultan Sharafuddi­n (tiga kiri) merakamkan gambar pelbagai jenis bunga ketika berkenan berangkat merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 di Anjung Flora Presint 4 semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Sultan Sharafuddi­n (tiga kiri) merakamkan gambar pelbagai jenis bunga ketika berkenan berangkat merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 di Anjung Flora Presint 4 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia