Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor rasmi Floria Diraja Putrajaya 2018

-

PUTRAJAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Festival Floria Diraja Putrajaya 2018 di Presint 4 di sini semalam.

Selepas menyampaik­an titah perasmian, baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluang masa melawat tarikan utama di Floria Diraja 2018 iaitu Taman Diraja Perak.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Taman Diraja Perak memaparkan replika Istana Kenangan Kuala Kangsar dan arca Labu Sayung di tengah kolam yang dikeliling­i bunga warna- warni diinspiras­ikan daripada taman diraja, selain replika Menara Jam Kuala Kangsar.

Baginda dilihat turut merakam sendiri gambar bungabunga­an di taman itu.

Sultan Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudianny­a melawat The Enchanted Garden Perbadanan Putrajaya diikuti Rendevous Floria 2018 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Floral Pavillion yang memaparkan kreativiti dan rekaan bunga dari peserta luar negara.

Baginda berdua menghabisk­an masa lebih dua jam melawat tarikan yang terdapat di Floria Diraja 2018.

Bertemakan ‘10 Kegemilang­an Floria atau 10 Wonders of Floria’, acara itu menghim- punkan lapan jenis bunga yang pernah menjadi tema festival itu sejak 2007 hingga 2016.

Ia dibuka kepada orang ramai mulai semalam hingga 2 Sept mulai 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Tiket dewasa untuk rakyat tempatan (Isnin-Khamis) ialah RM12 dan RM15 (Jumaat hingga Ahad) manakala bagi kanakkanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) ialah RM6 (Isnin-Khamis) dan RM8 (Jumaat-Ahad). Bagi bukan warganegar­a pula tiket berharga RM24 (Isnin-Khamis) dan RM30 (Jumaat-Ahad). Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk pembelian dalam talian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Sultan Sharafuddi­n (tiga kanan) berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 di Anjung Flora Presint 4 semalam. Turut berangkat Tengku Permaisuri Norashikin (empat kanan). Turut hadir Dr Wan Azizah (dua kiri) Menteri Wilayah Khalid Abd Samad (dua kanan) dan isteri Prof Dr Zaitun Abu Bakar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Floria Diraja Putrajaya Haslinda Khalid (kanan).
— Gambar Bernama RASMI: Sultan Sharafuddi­n (tiga kanan) berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2018 di Anjung Flora Presint 4 semalam. Turut berangkat Tengku Permaisuri Norashikin (empat kanan). Turut hadir Dr Wan Azizah (dua kiri) Menteri Wilayah Khalid Abd Samad (dua kanan) dan isteri Prof Dr Zaitun Abu Bakar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Floria Diraja Putrajaya Haslinda Khalid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia