Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan 3-1 ke atas Hoffenheim dicemari tendangan penalti kontrovers­i Lewandowsk­i melalui sistem VAR

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an gol penalti kontrovers­i, yang diberikan selepas semakan kali kedua video bantuan pengadil (VAR) ketika Bayern Munich memulakan musim baharu Bundesliga Jerman dengan kemenangan 3-1 ke atas Hoffenheim Jumaat lepas.

Thomas Mueller meletakkan Bayern di hadapan dengan tandukan dalam separuh masa pertama tetapi Adam Szalai mengikat kedudukan sebelum tendangan penalti Lewandowsk­i dan gol lewat Arjen Robben untuk mengesahka­n kemenangan di Allianz Arena.

Kedua-dua pasukan mengalami masalah kecederaan dengan Bayern kehilangan pemain sayap, Kingsley Coman dan Hoffenheim kehilangan kaptennya, Kevin Vogt kerana kecederaan.

Jurulatih baharu Bayern, Niko Kovac, memulakan impian pasukan untuk memburu kejuaraan liga yang ketujuh berturut-turut dengan kemenangan pada perlawanan liga pertama beliau.

Tetapi Hoffenheim mempunyai semua sebab untuk merungut tentang gol kedua Bayern pada minit ke-82.

“Ia tidak jelas,” akui Kovac. “Saya tidak akan memberikan­nya (penalti).”

Rakaman insiden menunjukka­n pemain pertahanan Hoffenheim, Havard Nordtveit, tidak langsung menyentuh Franck Ribery tetapi Bayern diberikan tendangan penalti dan apabila Lewandowsk­i melihat tendangan awalnya ditepis, Robben merembat bola muntah.

T e t a p i p e n a l t i terpaksa diambil semula s e l e p a s Robben masuk terlalu awal ke dalam kotak penalti dengan Lewandowsk­i tidak mengulangi kesilapan yang saya untuk m e r e m b a t bola terus

Lewandowsk­i meraikan gol jaringanny­a melalui tendangan penalti pada perlawanan tersebut. menerjah jaring. “Kami memberikan banyak asakan sehingga penalti yang tidak sepatutnya diberikan,” kata jurulatih Hoffenheim, Julian Nagelsmann. “Saya tidak tahu apa fungsi sebenar VAR kerana ia tidak memberikan keputusan tepat.” Mueller kemudian melihat gol beliau dibatalkan kerana terkena siku sebelum Robben melengkapk­an jaringan dan memastikan tiga mata penuh buat Bayern pada minit ke-90.

Kovac membuat kejutan sebelum sepak mula dengan meletakkan Mats Hummels dan Robben di bangku simpanan.

Pemain pertahanan, Niklas Suele dan Coman, kedua-duanya berusia 22 tahun, dalam kesebelasa­n utama.

Mueller bangkit dari kritikan tentang prestasi buruk bersama pasukan Jerman di Piala Dunia dengan satu tandukan cantik dari satu tendangan sudut minit ke-23 untuk menjaringk­an gol pertama Bundesliga musim ini.

Hoffenheim kemudian mensia-siakan satu peluang keemasan selepas itu apabila rembatan Joelinton tersasar walaupun hanya berdepan penjaga gol Manuel Neuer.

Bayern boleh mendahului 2-0 tetapi rembatan Coman terus ke arah penjaga gol Hoffenheim pada minit ke-37 sebelum beliau dikeluarka­n dari padang kerana mengalami kecederaan selepas dikasari pemain pertahanan Hoffenheim, Nico Schulz.

Pengadil pada awalnya tidak melihat insiden itu tetapi selepas pemeriksaa­n VAR, Schulz dilayangka­n kad kuning dan Robben dimasukkan menggantik­an Coman.

Kedudukan terikat 1- 0 sehingga rehat sebelum Hoffenheim mengikat kedudukan dari kealpaan pertahanan Bayern dengan Szalai melepasi kawalan Martinez dan Boateng sebelum merembat ke pintu gol pada minit ke57.

Dan selepas kontrovers­i VAR, Robben memastikan tiga mata penuh Bayern dengan gol minit akhir permainan. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PEMINAT TEGAR: Rodriguez diserbu seorang peminat semasa perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Hoffenheim di Allianz Arena, Munich. KONTROVERS­I:
— Gambar AFP — Gambar AFP PEMINAT TEGAR: Rodriguez diserbu seorang peminat semasa perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan Hoffenheim di Allianz Arena, Munich. KONTROVERS­I:
 ??  ??
 ??  ?? NAGELSMANN
NAGELSMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia