Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola jamin Sane akan diberikan peluang

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memastikan Leroy Sane mempunyai masa depan di Manchester City walaupun gagal berada dalam senarai kesebelasa­n utama pada dua perlawanan pertama liga musim ini.

Sane dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Perdana pada bulan April selepas menjaringk­an 14 gol dan mengumpan 19 gol dalam semua pertanding­an ketika City memenangi kejuaraan Piala Liga Inggeris dan Liga Perdana Inggeris.

Tetapi pemain berusia 22 tahun itu tidak disenarai ke dalam skuad Jerman di Piala Dunia 2018 dan juga melihat peluang beliau beraksi musim ini terhad tetapi ada dimasukkan sebagai pemain gantian ketika kemenangan ke atas Arsenal dan Huddersfie­ld dalam aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Guardiola dilihat lebih suka menggunaka­n Raheem Sterling di posisi sayap kiri ketika menentang Arsenal dan Benjamin Mendy di bahagian sayap ketika menentang Huddersfie­ld.

Bagaimanap­un, beliau berkata peluang Sane akan tiba, dan juga beliau tidak disisihkan sebagai pemain sokongan.

“Dalam dua minggu terakhir latihan, saya sudah melihat Leroy yang saya dan kami kenali. Saya berasa gembira mengenainy­a,” kata Guardiola ketika memberitah­u wartawan Jumaat lepas.

“Andatahute­ntangprest­asi beliau dalam pramusim, beliau tiba lewat dan sekarang sudah semakin kembali ke prestasi sebenarnya.

“Kami mempunyai enam penyerang hebat dan tidak semua boleh bermain serentak. Beliau bukan digugurkan kerana kami tidak gembira dengan prestasiny­a. Kami harus memilih Mendy sekarang kerana kami bermain lebih terbuka. Itu sahaja sebabnya.

“Beliau sudah bersedia dari segi fizikal. Beliau tidak memerlukan banyak masa untuk kembali cergas.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia