Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Swee enggan label tonggak pertahanan­nya, Dominic Tan sebagai punca kekalahan

-

JAKARTA: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan melabel tonggak pertahanan­nya, Dominic Tan sebagai punca kekalahan 0-1 Malaysia kepada Jepun pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik, malam kelmarin.

Malaysia dikecewaka­n saat akhir pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Patriot Chandrabha­ga itu selepas Jepun menjaringk­an gol kemenangan menerusi sepakan penalti Ayase Ueda pada minit ke-88 setelah Dominic menjatuhka­n penyerang lawan di dalam kotak penalti.

Kim Swee mempertaha­nkan tindakan pemain Johor Darul Ta’zim 2 (JDT ll) itu dengan menyifatka­n ia dilakukan bertujuan menyelamat­kan keadaan namun hanya tidak bernasib baik.

“Tidak. Saya tidak menyalahka­n mana-mana pemain. Kita juga tidak boleh menyalahka­n Dominic (Tan) dengan keputusan sepakan penalti tersebut di mana beliau cuba menyelamat­kan gawang negara dan situasi ini berlaku di dalam mana-mana APAKAN DAYA: Pengadil, Bijan Heidari menghadiah­kan sepakan penalti kepada pasukan Jepun selepas Dominic Tan Jun Jin menjatuhka­n pemain Jepun dalam kawasan Malaysia pada bola sepak Sukan Asia JakartaPal­embang 2018 di Stadium Patriot Chandrabag­a Mamat Bekasi di Jakarta malam kelmarin. perlawanan. sepanjang perlawanan kita di melakarkan sejarah mara ke

“Beliau (Dominic) tidak haIndonesi­a ini,” katanya kepada peringkat suku akhir pada terus dipersalah­kan sama sekali Bernama, malam kelmarin. masya Sukan Asia 2018 Jakartadi mana beliau telah bermain Kekalahan itu sekali gus Palembang. dengan begitu baik dan konsisten meranapkan impian Malaysia Bagaimanap­un, beliau men- gakui pemain berusia 21 tahun itu masih berada dalam perancanga­nnya bagi membentuk pasukan terbaik menjelang saingan kelayakan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun hadapan.

Sebagai rekod, Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan E selepas meraih dua kemenangan termasuk mengejutka­n juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Skuad boling wanita negara menunjukka­n pingat perak yang dimenangi mereka dalam acara boling berpasukan enam wanita pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, kelmarin.
— Gambar Bernama TERBAIK: Skuad boling wanita negara menunjukka­n pingat perak yang dimenangi mereka dalam acara boling berpasukan enam wanita pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia