Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dominasi Sirkit Remaja Sportexcel

-

KUCHING: Pasukan tenpin boling Sarawak mendominas­i Sirkit Remaja Sportexcel­NSC-Milo-MTBC Pusingan Sarawak diadakan di Megalanes Sarawak, Batu Kawa kelmarin dengan menggondol dua daripada tiga kategori dipertandi­ngkan.

Sirkit berlangsun­g dari 22 hingga 24 Ogos itu menyaksika­n pemain Sarawak, Mohd Nur Syafiq Mohd Amran menggondol emas selepas menewaskan tujuh pencabar lain juga dari Sarawak dalam kategori Terbuka Remaja Lelaki dengan meraih 4,350 jatuhan pin.

Perak milik atlet elit SUKMA, Mohd Zuhayr Redza Noor Azrul dengan jatuhan 4,243 pin manakala Abdul Khadir Haziq Ramli di tempat ketiga dengan 4,222 jatuhan pin.

Kategori Terbuka Wanita dikuasai seorang lagi atlet SUKMA, Nur Aina Kamalia dengan kutipan 3,234 pin.

Rakan sepasukan Nur Aina, Nur Hazirah Ramli di tempat kedua dengan 3,026 pin sementara Rasya Aleeya Zainuddin (ketiga) dengan 2,696 pin dan Michelle Ling ( keempat) memperoleh­i 2,635 pin.

Sarawak turut menyapu bersih lapan kedudukan teratas pusingan ‘round robin’ Graded Remaja Lelaki dengan menyaksika­n Morgan Chang (15 tahun) menggondol emas selepas mencatat 4,421 jatuhan pin.

Lim Jie di kedudukan kedua dengan 4,185 jatuhan pin disusuli adik Morgan, Marcos (13 tahun) dengan 4,086 pin untuk tempat ketiga.

Juara bagi kategori ‘round robin’ Graded Wanita men- jadi milik Rachell Loo Yee melakar 4,172 jatuhan pin, disusuli Cara Loh Wai dari Sabah dengan 4,072 pin dan Asya Dania Azree memperoleh­i 3,838 pin.

Dalam pada itu, Sabah menyapu bersih kategori bawah 12 tahun lelaki dan wanita.

Dennis Lai muncul juara bawah 12 tahun lelaki dengan mencatat jatuhan pin sebanyak 2,027.

Rakan sepasukann­ya, Muhammad Haziq Saiful di tem- pat kedua dengan 1,853 pin manakala peserta Sarawak, Afiq Khazin Nasiruddin di tempat ketiga dengan 1,767 pin.

Nur Aleeya Syakirah Awang Ali dan Nur Wardina Polinu masing-masing menggondol tempat pertama dan kedua bagi kategori Bawah 12 Tahun Wanita selepas mencatat jatuhan pin sebanyak 1,900 dan 1,885 disusuli Nur Amylda Natasha Jemat di tempat ketiga.

 ??  ?? TERBAIK: Lapan peserta terbaik kategori Terbuka Remaja Lelaki bersama Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak, Saifulbahr­i Shukri (kiri) pada hari terakhir kejohanan itu.
TERBAIK: Lapan peserta terbaik kategori Terbuka Remaja Lelaki bersama Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak, Saifulbahr­i Shukri (kiri) pada hari terakhir kejohanan itu.
 ??  ?? MULA: Tiong melepaskan peserta larian ‘Li Hua Run 2.0’ sambil diperhatik­an oleh Lee (empat dari kanan) dan yang lain.
MULA: Tiong melepaskan peserta larian ‘Li Hua Run 2.0’ sambil diperhatik­an oleh Lee (empat dari kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia