Utusan Borneo (Sarawak)

180 peserta sertai larian ‘Li Hua Run 2.0’

-

BETONG: Lam Sui Heng mengunggul­i Jalur Gemilang Fun Run 2018 apabila menewaskan peserta lain pada program anjuran Politeknik Metro Betong Sarawak ( PMBS) di sini semalam.

Diikuti rapat Syahrullah Safri di tempat kedua, manakala Foong Zhi Rong ( ketiga) di mana mereka berjaya menamatkan larian sejauh 5km dalam masa 20 minit.

Tujuh peserta lain turut menerima hadiah ialah Hazarul Safri, Sia Yee Fong, Kong Ee Loong, Roy Jairin, Has Azmirzam, Muhd Faiza Limin, Mohd Hirwandy Omar dan Wan Airul Qayyum.

Turut disampaika­n hadi- ah bagi peserta menduduki tempat ke- 61 iaitu sebagai Anugerah Khas sempena Hari Kemerdekaa­n ke61.

Selain itu, anugerah Peserta Paling Veteran dan Peserta Paling Muda turut diberikan.

Seramai 325 peserta menyertai larian bermula dari PMBS dan mengelilin­gi bandar Betong sebelum menamatkan larian di tempat permulaan.

Program dianjurkan sempena Bulan Kemerdekaa­n itu terbuka kepada penduduk sekitar Betong bermula jam 7 pagi.

Ketua Jabatan Akademik PMBS, Jamilah Hussain dan Ketua Jabatan Sokongan Akademik PMBS, Shukeri Mohamad Ros menyempurn­akan pelepasan peserta sekali gus menyampaik­an hadiah kepada pemenang. SIBU: Seramai 180 orang peserta mengambil bahagian dalam aktiviti larian ‘Li Hua Run 2.0’ berlangsun­g di Pulau Li Hua di sini pagi semalam.

Upacara pelepasan peserta disempurna­kan oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Acara ‘Li Hua Run 2.0’ merupakan anjuran Komuniti Keselamata­n dan Pembanguna­n Pulau Li Hua bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m kalangan penduduk setempat.

Selain itu, bagi mempromosi­kan budaya hidup sihat kalangan masyarakat masa kini tanpa mengira peringkat usia.

Hadir sama Pengerusi Komuniti Keselamata­n dan Pembanguna­n Pulau Li Hua, Kapitan Lee Hui Shing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia