Utusan Borneo (Sarawak)

Dapat bintang di

-

SIMON Cowell, dahulu dikenali sebagai ‘Mr Nasty’ dalam program bakat ‘American Idol’, senyum lebar Rabu lepas apabila dia menerima bintangnya sendiri di Hollywood Walk of Fame.

Disertai Kelly Clarkson, pemenang pertama ‘American Idol’, taikun muzik dan televisyen British itu, menikmati perhatian sambil mengimbau waktu dia menjadi seorang hakim program realiti, penerbit rekod dan pencipta francais yang lama bersiaran ‘The X Factor’, ‘America’s Got Talent’ dan ‘Britain’s Got Talent’.

“Ia begitu menyeronok­kan sejak 18 tahun lalu,” kata Cowell, 58. “Jika ada orang yang menyatakan kemasyhura­n adalah sesuatu yang buruk, saya tidak tahu apa yang anda cakapkan. Ia adalah perkara terbaik di dunia.”

Cowell menjadi terkenal sebagai seorang hakim dalam ‘American Idol’ dari 2001-2010 kerana kritikanny­a yang kasar mengenai peserta yang mahu menjadi penyanyi, selalunya diawali dengan kenyataan “Saya tidak bermaksud untuk bersikap biadab tetapi ...”

Dia seterusnya melancarka­n ‘The X Factor’ di Britain dan Amerika Syarikat (AS), selain versi ‘Got Talent’ di Britain dan AS, selain menandatan­gani kumpulan remaja lelaki One Direction dan kumpulan remaja perempuan Fifth Harmony untuk syarikat rakamannya Syco.

Clarkson berkata Cowell memiliki bakat mengesan orang tulen dengan bakat asli dan mengembang­kan mereka.

“Dia menghargai anda sebagai diri anda sendiri, dan itu sangat unik sekali. Dalam industri ini, saya rasa orang hanya mahu anda padan dengan sesuatu,” kata penyanyi yang pernah memenangi anugerah Grammy itu.

Cowell disertai di majlis perasmian itu oleh pemenang ‘X Factor’ dari Britain, Leona Lewis, Louis Tomlinson dari One Direction dan hakim-hakim ‘America’s Got Talent’ Heidi Klum, Howie Mandel dan Mel B. “Terima kasih, semua anda, kerana hadir dan menjadikan ini satu kenyataan. Ia amat bermakna sekali bagi saya,” katanya. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KELUARGA: Simon Cowell bersama dua anaknya, Adam dan Eric, serta pasanganny­a Lauren Silverman semasa acara mendedahka­n bintangnya di Hollywood Walk of Fame.
— Gambar AFP KELUARGA: Simon Cowell bersama dua anaknya, Adam dan Eric, serta pasanganny­a Lauren Silverman semasa acara mendedahka­n bintangnya di Hollywood Walk of Fame.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia