Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar kesihatan awam terkemuka AS didakwa lakukan gangguan seksual

-

NEW YORK: Tom Frieden, seorang pakar kesihatan awam terkemuka yang memainkan peranan penting dalam tindakan Amerika Syarikat kepada krisis Ebola dan menggubal undang-undang menentang tabiat merokok, telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan gangguan seksual kelmarin.

Eksekutif itu, yang menjadi ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di bawah Presiden Barack Obama dari 2009 hingga 2017, dibawa ke mahkamah jenayah di Brooklyn dan dilepaskan tanpa ikat jamin, kata pendakwa raya.

Beliau ditangkap atas tuduhan menyentuh secara paksa serta melakukan gangguan dan pencabulan seksual ke atas seorang wanita berusia 55 tahun di daerah mewah Brooklyn Heights.

Beliau dituduh menyentuh punggung wanita itu dan memicitnya tanpa kebenarann­ya pada Oktober 2017. Wanita itu memfailkan laporan pada Julai lepas, polis mengesahka­n kepada AFP.

Hakim Michael Yavinsky melarang tertuduh daripada berhubung dengan mangsa. Frieden menyerahka­n pasportnya dan dijadual hadir di mahkamah pada 11 Okto- ber, kata pendakwa raya.

Beliau kini merupakan presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ‘Resolve to Save Lives’, sebuah inisiatif bernilai AS$225 juta (RM855 juta) di badan kesihatan global yang tidak mencari keuntungan Vital Strategies, yang seterusnya dibiayai sebahagian­nya oleh Yayasan Bill & Melinda Gates.

Dalam kerjanya sebelum ini, beliau mengetuai kerja CDC yang dipuji kerana membantu menamatkan wabak Ebola.

Beliau berkhidmat sebagai pesuruhjay­a kesihatan bandar raya New York dari 20022009 di bawah datuk bandar bilionair Michael Bloomberg, untuk mengetuai usaha merangka undang- undang menentang tabiat merokok.

Seorang doktor terlatih, beliau memiliki ijazah dari Universiti Columbia, menyiapkan kajian biasiswa dalam penyakit berjangkit di Universiti Yale dan menulis lebih 200 penerbitan saintifik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Frieden meninggalk­an Mahkamah Jenayah Brooklyn selepas beliau ditangkap atas tuduhan pencabulan seks di Bandaraya New York, kelmarin.
— Gambar AFP DIDAKWA: Frieden meninggalk­an Mahkamah Jenayah Brooklyn selepas beliau ditangkap atas tuduhan pencabulan seks di Bandaraya New York, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia