Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 200 suspek bunuh ditahan dalam sehari di Brazil

-

SAO PAULO: Lebih 200 orang ditangkap dalam sehari atas tuduhan membunuh di seluruh Brazil kelmarin dalam satu operasi bersepadu yang menekankan usaha memerangi pembunuhan wanita, kata kerajaan.

Pada keseluruha­nnya, lebih 1,000 orang dicekup dalam operasi jenayah yang dikendalik­an oleh kira-kira 6,600 anggota polis di seluruh negara, menurut perangkaan terkini dari kementeria­n keselamata­n awam.

Operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk bertindak ke atas jenayah ganas yang sentiasa meningkat di Brazil, termasuk peningkata­n mendadak dalam pembunuhan yang khususnya menyasari kaum wanita.

Menjelang petang, seramai 1,027 orang dewasa dan 75 remaja sudah ditahan, kata pihak berkuasa.

Daripada jumlah ini, 14 ditangkap atas tuduhan membunuh wanita dan 143 lagi dituduh melakukan jenayah yang ada kaitan dengan apa yang dipanggil sebagai undang- undang Maria da Penha, yang sejak 2006 sudah mengukuhka­n hukuman bagi keganasan domestik.

Di antara lain yang ditangkap adalah 225 orang atas tuduhan membunuh yang standard, 224 atas tuduhan seperti pengedaran dadah atau memiliki senjata api secara haram, dan 421 lagi bagi jenayah lain.

Menteri keselamata­n awam Raul Jungmann berkata fokus utama adalah kepada keganasan ke atas wanita.

“Apa yang penting bagi kami adalahuntu­kmelindung­inyawa dan terutama sekali memerangi pembunuhan wanita, jenayah yang dahsyat dan tidak dapat diterima ini,” katanya.

“Beberapa jenayah adalah lebih serius dan menjijikka­n, terutamany­a jenayah terhadap wanita.”

Satu laporan tahunan yang dihormati dan dikeluarka­n pada bulan ini oleh badan bukan mencari keuntungan, Forum Brazil bagi Keselamata­n Awam, mendapati peningkata­n pembunuhan tahunan di Brazil masih berterusan.

Sekarang terdapat pada purata lebih tujuh pembunuhan sejam di negara terbesar di Amerika Latin itu, naik sebanyak 2.9 peratus berbanding perangkaan pada 2016.

Terdapat peningkata­n sebanyak enam peratus dalam pembunuhan wanita pada 2017.

Ini termasuk 1,133 kematian disebabkan oleh pembunuhan wanita, atau mangsa yang sengaja dijadikan sasaran kerana mereka adalah wanita. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia