Utusan Borneo (Sarawak)

Hawaii dilanda hujan lebat ketika taufan Lane bergerak perlahan

-

HONOLULU: Hujan lebat melanda Hawaii kelmarin, ketika Taufan Lane bergerak dengan perlahan ke pulau negeri itu, dan mencetuska­n kejadian tanah runtuh serta banjir “yang membawa bencana” selain memaksa ribuan penduduk untuk mencari pusat perlindung­an kecemasan.

Menjelang pertengaha­n petang, Lane berada kira-kira 190 kilometer ke selatan ibu negeri Honolulu, tetapi sudah memperlaha­nkan pergerakan ke bahagian utara-timur laut kepada kelajuan dua batu sejam (bsj).

Pakar bimbang pusat ribut akan lalu begitu dekat dengan beberapa bahagian pulau-pulau tengah Hawaii lewat kelmarin dan semalam sebelum ia beralih ke barat dan jauh dari zon bahaya.

“Tidak kira apa pun laluan taufan, impak yang mengancam nyawa akan melangkaui posisi tengah apabila Lane mendekati kepulauan itu,” kata Pusat Cuaca Negara.

“Hujan berlebihan yang dikaitkan dengan taufan yang bergerak perlahan ini akan terus memberi impak kepada Kepulauan Hawaii menjelang hujung minggu, yang menyebabka­n kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang mengancam nyawa.”

Pakar meteorolog­i menu- run taraf sistem itu kepada taufan Kategori Satu, dengan kelajuan ribut maksimum 85 bsj.

Amaran taufan tropika dikeluarka­n di Big Island, manakala amaran taufan masih dikuatkuas­akan untuk Oahu dan Maui, dua pulau dengan penduduk paling ramai.

Brad Kieserman, naib presiden Operasi Bencana dan Lojistik bagi Persatuan Palang Merah Amerika, memberitah­u satu sidang akhbar lebih 2,000 orang berlindung di 45 buah pusat evakuasi.

“Saya tidak akan terkejut untuk bangun pagi esok dan melihat populasi di pusat evakuasi seramai atau melebihi 2,500 atau 3,000 orang,” ujarnya.

Hujan selebat hampir 60 sentimeter jatuh di Pantai Waikiki yang ikonik dalam tempoh 36 jam, yang memaksa penutupann­ya sementara pemilik hotel dan kedai menimbun beg pasir di luar premis perniagaan mereka.

Bagaimanap­un Big Island yang umumnya mempunyai ciri kawasan desa dan di mana Gunung Berapi Kilauea yang masih meletus berada mengalami keadaan paling buruk setakat ini, dengan hujan selebat 30 inci dalam masa kira-kira 24 jam.

Pakar memberi amaran tentang “keadaan memutih” wap yang sarat dengan partikel dan gas toksik yang dihasilkan apabila lahar terkena lembapan sejuk apabila taufan melanda.

“Taufan itu tidak dijangka memberi kesan yang signifikan kepada letusan itu selain kejatuhan batu kecil di puncak dan pengeluara­n wap yang semakin meningkat dari bolong Puu Oo dan Lerz,” kata Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat (AS).

“Keadaan memutih boleh berlaku di padang lahar baharu disebabkan oleh wap yang dihasilkan oleh hujan lebat yang jatuh ke atas aliran lahar yang masih panas.”

Sementara itu Brock Long, pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n (FEMA), memberi amaran tentang gangguan serius kepada grid tenaga elektrik.

“Warga perlu menyedari kita sedang melihat impak taufan yang serius dan benda akan pecah,” kata Long.

“Kita perlu menetapkan jangkaan bahawa tenaga elektrik boleh terputus agak lama dan infrastruk­tur akan mengalami impak yang serius.”

Penduduk di seluruh negeri itu telah menyimpan air, makanan, gasolin dan bekalan kecemasan sebelum Lane tiba.

United, Alaska dan Hawaiian Airlines telah membatalka­n beberapa atau kesemua penerbanga­n antarabang­sa dan domestik.

Pasukan Pengawal Pantai AS berkata 57,000 kakitangan tentera AS yang ditempatka­n di Hawaii sudah bersedia untuk memberi sokongan lojistik dan perubatan atau menjalanka­n operasi misi mencari dan menyelamat.

“Taufan Lane bukan taufan yang berkelakua­n baik,” Gabenor David Ige menyebut dalam satu kenyataan ketika beliau mengumumka­n keadaan darurat pada awal minggu ini di Big Island. — AFP

 ??  ?? BERBAHAYA: Peluncur air meluncuri ombak yang dicetuskan oleh Lane di pantai Wakiki, Hawaii kelmarin.
BERBAHAYA: Peluncur air meluncuri ombak yang dicetuskan oleh Lane di pantai Wakiki, Hawaii kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia