Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Agung di Chile arah rampas AS$1.6 juta aset Pinochet

-

SANTIAGO: Mahkamah Agung di Chile mengarahka­n perampasan AS$ 1.6 juta (RM6.1 juta) daripada asetaset mendiang diktator Augusto Pinochet kelmarin, pada hujung perbicaraa­n yang ada kaitan dengan skandal rasuah Bank Riggs.

Tiga pegawai pesara tentera turut dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun kerana “menggelapk­an dana awam”, kata badan kehakiman itu dalam satu keputusan yang dilihat oleh AFP.

Kes rasuah berkenaan terbongkar pada 2004, dua tahun sebelum Pinochet meninggal dunia, dengan pendedahan kira-kira 100 akaun bank yang dibuka dalam nama Pinochet dan ahli keluarga dalam Bank Riggs yang berpangkal­an di Amerika Syarikat tetapi kini sudah ditutup selain institusi kewangan lain di luar Chile.

Keputusan kelmarin, yang tidak dapat dirayu, membatalka­n keputusan sebelum ini yang membebaska­n pegawai tentera terbabit atas tuduhan membantu Pinochet menyembuny­ikan kekayaanny­a di luar negara dan mengembali­kan AS$4.8 juta (RM18.24 juta) dan 24 hartanah yang dirampas daripada keluarga bekas diktator itu dalam satu keputusan asal mahkamah pada 2004.

Siasatan di Chile dimulakan selepas penemuan bahawa Pinochet telah menyembuny­ikan hampir AS$ 20 juta (RM76 juta) dalam siri operasi kewangan yang rumit dari 1981, dengan menggunaka­n beberapa identiti palsu.

Pada 2005, Riggs yang berpangkal­an di Washington mengakui menyembuny­ikan akaun-akaun Pinochet dan menerima denda sebanyak AS$16 juta (RM61 juta).

Menurut statistik rasmi, kira-kira 3,200 orang maut atau hilang manakala 38,000 lagi diseksa sewaktu pemerintah­an kuku besi General Pinochet yang berdarah selama 17 tahun.

Walaupun didakwa dan ditangkap beberapa kali bagi pelbagai jenayah dan pembunuhan, Pinochet meninggal dunia pada Disember 2006 tanpa pernah disabit kesalahan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ASET DIRAMPAS: Pinochet meninggalk­an kediamanny­a untuk menghadiri sambutan hari jadinya yang ke-82 di Santiago dalam gambar fail diambil pada 25 November 1997.
— Gambar AFP ASET DIRAMPAS: Pinochet meninggalk­an kediamanny­a untuk menghadiri sambutan hari jadinya yang ke-82 di Santiago dalam gambar fail diambil pada 25 November 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia