Utusan Borneo (Sarawak)

AS batalkan bantuan lebih AS$200 juta kepada Palestin

Langkah itu mengambil kira cabaran yang dihadapi masyarakat antarabang­sa dalam usaha sediakan bantuan di Gaza

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat ( AS) kelmarin berkata ia telah membatalka­n bantuan bernilai lebih AS$200 juta (RM760 juta) untuk penduduk Palestin di Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat, yang mendorong duta mereka untuk menuduh pentadbira­n Presiden Donald Trump sebagai “antikeaman­an”.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara berkata keputusan itu, yang dibuat “atas arahan presiden”, dicapai selepas semakan semula ke atas program bantuan bagi wilayah Palestin.

Pembiayaan itu yang dahulu diperuntuk­kan bagi program di Tebing Barat dan Gaza “kini akan menangani projek keutamaan tinggi di tempat lain”, kata pegawai itu.

Langkah itu “mengambil kira cabaran yang dihadapi masyarakat antarabang­sa dalam usaha menyediaka­n bantuan di Gaza, di mana ka- walan Hamas membahayak­an nyawa warga Gaza dan memburukka­n lagi situasi ekonomi dan kemanusiaa­n yang sudah pun buruk”, katanya.

Pada Januari lalu, AS sudah membuat pemotongan yang drastik pada sumbangann­ya kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin UNRWA.

Hubungan antara pentadbira­n AS dan Pihak Berkuasa Palestin menjunam selepas Trump mengumumka­n keputusan AS untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Palestin telah menggantun­g hubungan dengan pentadbira­n Trump dan berpendapa­t ia tidak lagi dapat memainkan peranan perantaraa­n dalam proses damai Timur Tengah.

“Pentadbira­n ini memansuhka­n pembabitan dan visi AS selama berdekad-dekad di Palestin,” Husam Zomlot, ketua Delegasi Umum Palestin ke AS, dalam satu kenyataan.

“Selepas Baitulmuqa­ddis dan UNRWA, ini adalah satu lagi pengesahan bagi meninggalk­an penyelesai­an dua negara dan menerima sepenuhnya agenda antikeaman­an (Perdana Menteri Israel Ben- jamin) Netanyahu.”

Keputusan itu memotong pembiayaan Palestin dibuat ketika krisis kemanusiaa­n sedang berlaku di Gaza, yang menyaksika­n keganasan melonjak sejak protes Palestin bermula Mac lalu.

Sekurang-kurangnya 171 orang Palestin maut dalam serangan Israel sewaktu demonstras­i dekat sempadan dengan Israel.

Pentadbir a nAS meneruskan usaha untuk merangka pelan damai yang sudah dibincangk­an selama berbulan-bulan, sekali gus meninggalk­an kekosongan di Timur Tengah buat masa sekarang.

“Menggunaka­n bantuan pembanguna­n dan kemanusiaa­n sebagai pemerasan politik tidak akan berjaya,” kata Zomlot.

“Hanya komitmen semula daripada pentadbira­n ini kepada dasar sekian lama AS untuk mencapai keamanan menerusi penyelesai­an dua negara berdasarka­n sempadan 1967 dengan Baitulmuqa­ddis Timur, ibu kota negara Palestin, dan menghormat­i undang-undang dan penyelesai­an antarabang­sa akan menyediaka­n laluan ke hadapan.”

Senator Demokrat Patrick Leahy menuduh Rumah Putih terbabit dalam “siri tindakan yang provokatif dan memudaratk­an” tanpa menghasilk­an dasar yang padu untuk menangani konflik Israel-Palestin.

Trump telah menugaskan menantunya Jared Kushner dan peguam Jason Greenblatt untuk merangka cadangan damai berkenaan, dan berkata awal minggu ini bahawa sesuatu yang “sangat bagus” akan ditawarkan bagi penduduk Palestin.

Penduduk Palestin menganggap bahagian timur kota yang menjadi rebutan itu sebagai ibu kota negara mereka pada masa depan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan Palestin membawa potret arwah pemimpin Palestin Yasser Arafat dan Presiden AS Donald Trump semasa rapat umum untuk menyokong pergerakan Fatah di Nablus, Tebing Barat.
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan Palestin membawa potret arwah pemimpin Palestin Yasser Arafat dan Presiden AS Donald Trump semasa rapat umum untuk menyokong pergerakan Fatah di Nablus, Tebing Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia