Utusan Borneo (Sarawak)

Rohingya lancar tunjuk perasaan ‘keadilan’ pada ulang tahun pertama

-

COX’S BAZAR: Ribuan pelarian Rohingya melancarka­n tunjuk perasaan untuk ‘ keadilan’ semalam pada ulang tahun pertama tindakan keras tentera Myanmar yang memaksa mereka untuk lari ke kem di Bangladesh.

Kira-kira 700,000 anggota masyarakat minoriti Muslim itu merentasi sempadan selepas serangan oleh tentera Myanmar dan kumpulan pengikut Buddha yang disamakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan pembersiha­n etnik.

Ribuan mengadakan perarakan yang aman dan menghadiri rapat umum sambil melaung “Kami mahukan keadilan dari PBB”.

Di kem Kutupalong, sebuah kain rentang gergasi menyebut: “Tidak Lagi: Hari Peringatan Genosid Rohingya. 25 Ogos 2018.”

Ada yang memakai bandana yang tertera slogan ‘ Save Rohingya’ (Selamatkan Rohingya) manakala ada juga yang mengibarka­n bendera.

Lebih banyak perarakan dan perhimpuna­n dirancang di kem pelarian terbesar di dunia itu, kata aktivis kepada AFP.

Puak militan Rohingya melancarka­n serangan ke atas pos polis Myanmar pada 25 Ogos tahun lepas, yang mencetuska­n tindakan keras yang berdarah di negeri Rakhine.

Hampir 7,000 Rohingya maut pada bulan pertama sahaja, menurut Medecins Sans Frontieres (MSF).

Pelarian meninggalk­an wilayah berkenaan dan tiba di Bangladesh dengan berjalan kaki atau memakai bot rapuh. Ramai membawa cerita dahsyat mengenai perogolan, penyeksaan dan kampung yang habis dibakar.

Pihak berkuasa Myanmar menegaskan tentera mereka hanya menyasari pemberonta­k sahaja.

Mereka telah memeterai perjanjian dengan Bangladesh untuk menghantar balik pelarian ke Myanmar tetapi hanya segelintir sahaja sudah kembali.

Pemimpin Rohingya menegaskan pelarian tidak akan pulang jika keselamata­n mereka tidak dijamin.

Pemimpin awam Myan- mar Aung San Suu Kyi pada minggu ini berkata ia terpulang kepada Bangladesh “untuk memutuskan berapa cepat” penghantar­an pulang pelarian dapat dilaksanak­an dan menegaskan “ancaman pengganas” yang ditimbulka­n oleh puak militan Rohingya masih “tulen dan wujud”.

Tentera Penyelamat­an Rohingya Arakan, yang didakwa bertanggun­gjawab bagi kesalahan di Myanmar, mengeluark­an kenyataan ulang tahun di mana ia mengecam “tentera genosid dan kerajaan pengganas” Myanmar.

Mohammad Hossain, seorang penunjuk perasaan berusia 40 tahun di Kutupalong, berkata: “Kami di sini untuk memperinga­ti 25 Ogos. Kami mahukan keadilan.

“Kami mahu mereka (Myanmar) mengiktira­f kami sebagai Rohingya. Kami sangat sedih kerana kami tidak berada di bumi asal kami.”

Kerakyatan orang Rohingya dilucutkan berdekad-dekad yang lalu oleh Myanmar dan dihalau dari negara itu dalam beberapa keganasan.

Kira-kira 300,000 sudah berada di kem dalam daerah Cox’s Bazar di Bangladesh dan ketibaan terkini menjadikan jumlah mereka sebanyak sejuta.

Abdul Malek, seorang pelarian berusia 27 tahun yang lari daripada serangan ke atas kampungnya pada tahun lepas, berkata nasib buruk orang Rohingya sama sekali belum berakhir.

“Tempoh setahun ini hanya permulaan banyak lagi tahun akan datang,” katanya kepada AFP.

Masyarakat Rohingya dan agensi bantuan paling bimbang mengenai masa depan pelarian yang tidak menentu, tidak ada negara dan seakanakan tidak diterima di Bangladesh manakala keadaan di tanah air mereka di Rakhine masih bahaya.

Akses kepada penjagaan kesihatan dan kebebasan pergerakan masih tidak dapat dinikmati orang Rohingya yang tinggal di Rakhine.

PBB dan kumpulan hak asasi manusia antarabang­sa berkata keadaan belum lagi sedia untuk kepulangan mereka.

“Ia mungkin beberapa dekad sebelum mereka dapat pulang dengan selamat ke Myanmar,” ketua misi MSF di Bangladesh Pavlo Kolovos menyebut dalam satu kenyataan.

 ?? — Gambar Reuters ?? TUNTUT KEADILAN: Pelarian Rohingya mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di kem pelarian Kutupalong untuk memperinga­ti ulang tahun pertama pengusiran mereka di Cox’s Bazar, Bangladesh semalam.
— Gambar Reuters TUNTUT KEADILAN: Pelarian Rohingya mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di kem pelarian Kutupalong untuk memperinga­ti ulang tahun pertama pengusiran mereka di Cox’s Bazar, Bangladesh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia