Utusan Borneo (Sarawak)

MOA gerak pasukan petugas atasi isu lambakan cili import Mereka turut kenakan tindakan jika wujud sebarang pelanggara­n

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakk­an satu pasukan petugas bagi menangani isu lambakan cili merah untuk memastikan kecekapan kos pengeluara­n di sepanjang rantaian nilai agar cili merah tempatan berdaya saing di dalam pasaran.

MOA berkata pasukan petugas itu akan turut dianggotai Kementeria­n Kesihatan serta Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri untuk mengambil tindakan ke atas sebarang pelanggara­n yang berlaku dalam pengimport­an cili merah.

Pelanggara­n itu tertakluk di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta Makanan 1983; serta di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 sekiranya berlaku kemudarata­n kepada industri tempatan akibat dagangan cili merah yang diimport ke dalam Malaysia.

Kementeria­n berkata demikian dalam kenyataan semalam susulan isu lambakan cili yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos.

Jelasnya pada 2017, pengeluara­n cili merah tempatan sebanyak 27,000 tan metrik hanya mampu menampung 37 peratus daripada permintaan negara.

“Sehubungan itu, baki sebanyak 63 peratus lagi perlu ditampung melalui pengimport­an bagi memastikan bekalan cili merah dalam pasaran mencukupi,” katanya.

MOA berkata pengimport­an hasil pertanian dari negara luar adalah disyaratka­n dengan Permit Import iaitu instrumen kawalan yang digunakan oleh kerajaan bagi mengawasi kualiti, keselamata­n, penyakit dan perosak yang boleh membahayak­an pengguna dan sektor perta- nian negara.

Dalam hubungan ini, kementeria­n menguatkua­sakan Permit Import cili merah mulai 1 Mac 2017 bagi mengawal perosak lalat buah cili ( Bactrocera latifrons) dan penggunaan sisa racun makhluk perosak supaya mematuhi piawaian ASEAN Maximum Residue Levels (ASEAN MRLs).

“Dari Januari hingga Julai 2018, sebanyak 1,092 Permit Import dikeluarka­n bagi mengimport 31,000 tan metrik cili merah melalui 16 pintu masuk negara yang telah diwartakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia