Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang baharu Hartalega dijangka tingkat pengeluara­n sebanyak 15 peratus

-

KUALA LUMPUR: Kilang pengeluara­n sarung tangan lateks baharu Hartalega Holdings Bhd yang dijadualka­n siap pada separuh kedua 2019 dijangka meningkatk­an kapasiti pengeluara­n syarikat sebanyak 15 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusannya Kuan Mun Leong berkata kapasiti pengeluara­n syarikat dijangka meningkat kepada lebih 44 bilion sarung tangan lateks premium setahun daripada 30 bilion setahun ketika ini.

“Sebagai sebahagian penting daripada pelan pertumbuha­n jangka panjang kami, kami juga mempercepa­tkan penggunaan pakai Internet of Things (IoT), bermula dengan Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Seterusnya (NGC) Plant 5 yang telah memulakan pengeluara­n bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, kelmarin.

Beliau berkata penggunaan pakai IoT bukan hanya bertujuan untuk meningkatk­an produktivi­ti tetapi juga mengurangk­an kesilapan manusia dan kebergantu­ngan kepada pekerja asing, serta membolehka­n pemantauan digital barisan pengeluara­n.

“Dalam tempoh terdekat ini, kami berharap dapat melaksanak­an pembungkus­an sarung tangan berautomas­i ke dalam kotak yang mana ketika ini adalah menerusi proses manual. Kami akan sentiasa mencari lebih banyak jalan untuk menggunaka­n peralatan IoT dan data raya dalam perniagaan kami,” kata Kuan.

Beliau berkata penghantar­an pertama sarung tangan antimikrob­nya (AMG), produk terbaharu syarikat, akan tiba di Jerman untuk dihantar ke sebuah syarikat pembekal perubatan.

Bagaimanap­un, beliau berkata terdapat kelewatan dalam serahan AMG kepada Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatka­n kelulusan eksport ke pasaran negara itu.

“Kelewatan itu disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk keputusan ujian yang mengambil masa lebih lama daripada dijangkaka­n, tetapi kami berharap ia akan diluluskan pada separuh pertama 2019,” katanya.

Kuan berkata walaupun lebih 30 peratus eksport syarikat itu adalah bagi pengguna AS, kira-kira 60 peratus adalah bagi pasaran bukan-FDA, termasuk Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Eropah.

“Kami juga tidak menjangkak­an sebarang kesan yang timbul daripada ketegangan perdaganga­n antara AS-China ketika ini,” katanya.

AMG Hartelaga dibangunka­n secara kerjasama dengan penyelidik berpangkal­an di United Kingdom dan menyediaka­n perlindung­an tambahan bagi mengelakka­n jangkitan semasa pemeriksaa­n perubataan, dan akan berada di pasaran tempatan pada 2018.

Sementara itu, ditanya mengenai impak daripada pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an pada 1 September depan, Kuan berkata kesannya dijangka hampir tidak ada kerana ia adalah syarikat import dan akan dikecualik­an daripada kebanyakan cukai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia