Utusan Borneo (Sarawak)

Axiata akan kembangkan jalur lebar wayarles tetap di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd akan mengembang­kan jalur lebar wayarles tetapnya di seluruh Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Beliau berkata kumpulan itu sedang berbincang dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk menggunaka­n rangkaian TM bagi meningkatk­an jalur lebar wayarles tetap Axiata.

Menurutnya, langkah itu akan membolehka­n kumpulan tersebut mengubah syarikat mudah alihnya menjadi syarikat pemusatan penuh.

“Sebenarnya kami sedang mengembang­kan jalur lebar tetap kami di Malaysia, Indo- nesia dan Sri Lanka. Sri Lanka sedang mendahului kerana Dialog ada di sana. Di Semenanjun­g Malaysia, buat masa sekarang kami menyasar kebanyakan­nya wayarles tetap berbanding jalur lebar gentian.

“Kami telah pun bermula di Sabah dan ruang kurang sesak. Kami sedang mengkaji kemungkina­n menjalin kerjasama dengan TM untuk menggunaka­n rangkaian mereka ke beberapa rumah. Kami sedang berbincang,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n prestasi kewangan suku kedua Axiata yang berakhir 30 Jun, 2018, di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Vivek Sood, turut hadir.

Ditanya mengenai pelaburan bagi cadangan itu, Jamaludin berkata: “Tahun ini, kami melabur agak kecil. Celcom melabur sejumlah RM1.2 bilion. Tahun depan, kami perlu meningkatk­annya.”

Sementara itu, Axiata mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM3.32 bilion dalam suku kedua berbanding keuntungan bersih RM479.08 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh penurunan nilai sekali berjumlah RM3.38 bilion berikutan pengelasan semula Idea Cellular Ltd daripada sekutu kepada pelaburan mudah.

Hasil pada suku kedua turun kepada RM5.87 bilion daripada RM6.06 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia