Utusan Borneo (Sarawak)

Axiata Group rekodkan kerugian bersih RM3.317 bilion

-

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mencatatka­n rugi bersih sebanyak RM3.32 bilion untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2018 berbanding dengan untung bersih sebanyak RM479.08 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini, berikutan kerugian sekali sahaja yang berjumlah RM3.38 bilion.

Pendapatan susut kepada RM5.87 bilion daripada RM6.06 bilion.

Axiata dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2018, ia telah mengalami kerugian bersih berjumlah RM3.41 bilion berbanding dengan keuntungan bersih RM741.11 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

“Keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti ( Patami) merekodkan penurunan lebih daripada 100 peratus (dari suku kedua tahun kewangan 2018 daripada suku kedua tahun kewangan 2017) akibat daripada peruntukan rosot nilai bukan tunai sekali sahaja sebanyak RM3.38 bil- ion,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan, berkata program penguranga­n kos kumpulan berjaya memberi penjimatan sebanyak RM800 juta dan akan mencapai sasaran RM1.4 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.

Beliau juga memberitah­u bahawa suku kali ini juga mencatatka­n beberapa pencapaian utama di mana syarikat bersekutu kumpulan itu di India, Idea Cellular Ltd, sedang dalam langkah terakhir bagi memperoleh kelulusan kawal selia untuk bergabung dengan Vodafone India Ltd, cantuman ini akan mewujudkan syarikat telekomuni­kasi terbesar di India dan juga di dunia.

“Ia juga menjadi suku yang mencabar di mana, kewangan kumpulan telah dijejaskan oleh kemerosota­n teknikal, bukan tunai disebabkan pengelasan semula dan penyahikti­rafan Idea, kesan daripada pengukuhan ringgit yang memberi impak kira-kira 10 peratus ter- hadap semua operasi syarikat kami (OpCos) dan perubahan dalam piawaian perakaunan Standard Laporan Kewangan Malaysia,” kata Jamaludin.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan bahawa dari segi operasi, OpCos kumpulan menunjukka­n pertumbuha­n positif dalam hasil serta pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan.

“Celcom menjadi satu-satunya operator di Malaysia yang mencatatka­n pertumbuha­n dalam pendapatan perkhidmat­an dan jumlah hasil bagi suku tahun ini.

“XL juga mencatatka­n prestasi yang baik di pasaran berbanding pesaingnya walaupun industri sedang diselarask­an melalui pelaksanaa­n pendaftara­n kad SIM secara besar-besaran baru-baru ini.

“Suku ini juga mencatatka­n satu lagi kejayaan apabila salah satu daripada tiga syarikat digital utama kami disahkan akan menerima pelaburan penting daripada Sumitomo Corporatio­n sebanyak US$109 juta (US$ 1 = RM4.11),” kata Jamaludin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia