Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan IKS Sabah digesa rebut peluang skim pembiayaan MIDF

-

KOTA KINABALU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking menggesa usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah merebut peluang dan memanfaatk­an sepenuhnya skim pembiayaan yang disediakan Pembanguna­n Industri Kewangan Malaysia Berhad ( MIDF) bagi melonjakka­n lagi potensi perniagaan mereka.

Darell berkata jumlah pengusaha IKS Sabah yang telah mendapatka­n bantuan kewangan MIDF bagi memulakan atau mengembang­kan perniagaan masih lagi rendah iaitu hanya 764 setakat ini daripada 10,818 syarikat seluruh negara sejak agensi berkenaan diwujudkan pada 1960.

Justeru, usahawan IKS Sabah perlu lebih agresif dan positif dalam mendapatka­n pembiayaan perniagaan berdasarka­n kriteria yang ditetapkan MIDF dan menjadi pengusaha IKS yang lebih kompetitif dalam pasaran, katanya.

“(Setakat ini) ada lebih 700 usahawan IKS Sabah telah memohon dan dapat kelulusan (pembiayaan MIDF), jadi mengapa tidak jumlah itu ditingkatk­an dua atau tiga kali ganda. Justeru, ambil peluang ini kerana mereka ( MIDF) sentiasa bersedia untuk menyalurka­nnya.

“Bagaimanap­un, usahawan IKS Sabah juga perlu memberi kelayakan tepat berdasarka­n kriteria ditetapkan supaya pinjaman per- niagaan dapat diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Automasi dan Revolusi Industri 4.0 anjuran MIDF, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Bahagian Pembanguna­n Kewangan MIDF Azizi Mustafa.

Mengenai seminar itu, Darell berkata ia disasarkan untuk membantu pengusaha IKS di Sabah mempelajar­i lebih mendalam tentang model perniagaan yang akan dipraktikk­an pada masa depan.

Selain itu, ia juga menjadi platform dalam memberi pandangan mengenai prospek ekonomi dan Industri 4.0 serta maklumat mengenai automasi kepada usahawan IKS selain peluang untuk usahawan terbabit mewujudkan rangkaian perniagaan.

Lebih 100 peserta ter- diri daripada usahawan IKS Sabah dalam pelbagai industri menghadiri seminar setengah hari itu yang diadakan bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai usaha kerajaan dan agensinya dalam membantu mengembang­kan lagi potensi perniagaan para usahawan tempatan.

Sementara itu, Charon berkata, MIDF akan terus menyokong pengusaha IKS Sabah dengan menyediaka­n pembiayaan dan memberi akses kepada maklumat mengenai produk, perkhidmat­an, dan insentif kewangan yang disediakan kerajaan dan agensinya.

Setakat ini, katanya, sebanyak 764 syarikat di negeri ini telah mendapatka­n kemudahan pinjaman membabitka­n dana sejumlah RM768.8 juta, dan agensi itu berharap lebih ramai usahawan IKS Sabah mengambil peluang disediakan untuk memajukan perniagaan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia