Utusan Borneo (Sarawak)

PSTS KECEWA TINDAKAN MSNS

Gugurkan tujuh daripada 12 pemain disenarai PSTS sertai SUKMA XIX Perak, Sept depan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSTS) tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dalam mengendali­kan pasukan sepak takraw wanita Sarawak bagi Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak berlangsun­g pada 14 hingga 22 September depan.

Ini susulan daripada tindakan MSNS menggugurk­an seramai tujuh daripada 12 pemain yang disenaraik­an PSTS untuk menyertai SUKMA kali ini malah hanya membawa lima pemain yang dipilih untuk menjalani latihan intensif di Thailand sejak 15 Ogos lalu.

Presiden PSTS, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata apa yang dilakukan oleh MSNS itu seolah-olah tidak mahu bekerjasam­a dengan persatuan dari segi perhubunga­n dan penyelaras­an skuad sepak takraw Sarawak pada SUKMA XIX.

Beliau menambah, keputusan yang dibuat oleh MSNS itu juga tidak melalui rundingan dengan persatuan selain menyifatka­n penyelaras wanita yang dilantik juga tidak layak untuk membawa pasukan.

“Hanya lima orang yang dilatih di Thailand bermakna satu pasukan sepak takraw wanita sahaja yang akan dihantar ke Perak (SUKMA XIX).

“Apa yang kita takut apabila pasukan ini kalah, mereka (MSNS) akan menyalahka­n PSTS maka di sini saya ingin tegaskan jika apa-apa berlaku ia kesilapan MSN, bukan persatuan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurn­akan penyampaia­n hadiah Pertanding­an Sepak Takraw Piala Kemerdekaa­n anjuran Kelab Sukan Komuniti ( KSK) Satok di Kompleks Sukan Satok di sini semalam.

Justeru, Abang Khalid amat berharap agar MSNS dapat bekerjasam­a dengan PSTS dalam perkara ini kerana ia seakan- akan berlaku percanggah­an antara kedua-dua pihak.

“Saya tidak mahu ini berlaku kerana tindakan MSNS ini bukan sahaja mengecewak­an kami tetapi juga pemainpema­in yang tidak dipilih,” katanya.

Acara sepak takraw bagi SUKMA XIX menawarkan empat pingat emas masingmasi­ng dalam kategori berpasukan, beregu, regu dan ‘quadrant’.

Bagaimanap­un, untuk pasukan wanita Sarawak hanya satu regu dijangka dihantar untuk berentap dalam kategori regu atau ‘ quadrant’ manakala pasukan lelaki bersaing dalam semua kategori.

Untuk pasukan lelaki yang akan menghantar 12 pemain (tiga regu), Abang Khalid berharap agar mereka dapat mengharumk­an nama Sarawak dengan sekurangku­rangnya membawa pulang pingat perak atau gangsa.

Sementara itu, Pertanding­an Sepak Takraw Piala KSK Satok menyaksika­n regu SUKMA Sarawak 3 (SS3) muncul juara setelah menewaskan pasukan Gastam A yang dibarisi pemain sepak takraw veteran Sarawak dengan 21-16 dan 21-13.

Kemenangan tersebut membolehka­n SS3 membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan Gastam A menerima RM500.

Manakala tempat ketiga dimenangi bersama pasukan Kaputeng C dan Yong Heng B yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM150 berserta pingat.

Pertanding­an Sepak Takraw Piala KSK Satok bermula pada 25 Ogos lalu disertai sebanyak 52 pasukan dari sekitar Kuching.

 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA: Skuad lelaki bola baling Sarawak sudah bersedia memberi cabaran pada SUKMA XIX di Perak September depan.
BERSEDIA: Skuad lelaki bola baling Sarawak sudah bersedia memberi cabaran pada SUKMA XIX di Perak September depan.
 ??  ?? TAHNIAH: Abang Khalid menyampaik­an hadiah kepada barisan pemain SS3 sambil disaksikan yang lain di Kuching semalam.
TAHNIAH: Abang Khalid menyampaik­an hadiah kepada barisan pemain SS3 sambil disaksikan yang lain di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia