Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik perlu diberi kursus

KPM mengharapk­an keputusan cemerlang setiap sekolah tetapi tiada kursus, latihan disedia untuk warga pendidik

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Warga pendidik termasuk guru besar dan pengetua perlu diberi kursus dan latihan berterusan dalam usaha menjulang mutu pendidikan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (MESTR) Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri mengharapk­an keputusan yang cemerlang daripada setiap sekolah.

Tetapi katanya, tiada kursus dan latihan berterusan disediakan kementeria­n dan jabatan untuk warga pendidik termasuk guru besar dan pengetua sekolah.

“Sejak MESTR diwujudkan, kami di kementeria­n telah melawat beberapa negara untuk mempelajar­i sistem pendidikan yang diguna pakai di negara-negara maju seperti Singapura, Finland, Australia, Jepun dan sebagainya.

“Hasil lawatan- lawatan tersebut, kami dapati di Sarawak termasuk Malaysia, pihak kementeria­n dan jabatan tidak melakukan keadilan kepada guru besar, pengetua dan warga pendidik kita.

“Anda (kementeria­n) dan jabatan mengharapk­an keputusan terbaik daripada pihak sekolah tetapi tiada kursus berterusan disediakan untuk pendidik kita.

“Jadi, bagaimana kita hendak mengharapk­an perkara baharu daripada setiap sekolah jika tiada kemudahan seperti kursus dan latihan disediakan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Sarawak di Institut Aminud- din Baki Cawangan Sarawak di sini semalam.

Tambah Manyin, di Singapura, Kementeria­n Pendidikan mereka menjalanka­n kursus secara berterusan untuk warga pendidik begitu juga di Finland.

Sebab itu katanya, kementeria­nnya menganjurk­an kursus untuk guru besar sekolah rendah di negeri ini yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak dengan RM3 juta hingga RM4 juta dibelanjak­an bagi tujuan ini.

Katanya, Sarawak mempunyai 1,255 sekolah rendah dan beliau berharap semua guru besar sekolah rendah di negeri ini akan dapat menyertai kursus yang akan diadakan secara berterusan sehingga pertengaha­n tahun depan.

Kursus tersebut disertai 60 guru besar dari Zon Selatan dan berlangsun­g selama lima hari bermula semalam hingga 30 Ogos ini.

Manyin berharap guru besar yang menyertai kursus itu akan memanfaatk­an sepenuhnya kursus untuk meningkatk­an lagi kualiti pendidikan di sekolah masing-masing.

Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Abang Mat Ali Abang Masagus, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh serta Setiausaha Tetap MESTR Datu Sudarsono Osman.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SELAMAT BERKURSUS: Manyin (tengah) bersalaman dengan peserta kursus setibanya bagi perasmian Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Sarawak di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SELAMAT BERKURSUS: Manyin (tengah) bersalaman dengan peserta kursus setibanya bagi perasmian Bengkel Memperkasa Pengurusan dan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Sarawak di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia