Utusan Borneo (Sarawak)

DR Congo umum ubat baharu Ebola ketika kematian cecah 67

Sebanyak 105 kes telah dilaporkan sejak kemunculan Ebola bermula pada 1 Ogos di Mangina di wilayah Kivu Utara

-

BENI: Satu wabak Ebola di timur DR Congo telah mengorbank­an 67 orang pada bulan ini, menurut pihak berkuasa kelmarin, ketika mereka memaklumka­n beberapa ubat baharu untuk menangani virus di sebalik kebimbanga­n ia telah merebak ke sebuah kawasan yang ditawan oleh pemberonta­k.

Sebanyak 105 kes telah dilaporkan sejak kemunculan Ebola bermula pada 1 Ogos di Mangina di wilayah Kivu Utara, menurut kepada kementeria­n kesihatan, daripada 77 yang telah disahkan melalui ujian makmal.

Ia menyatakan 11 telah pulih dari virus tersebut dan 67 meninggal dunia.

Menteri kesihatan Oly Ilunga Kalenga telah pergi ke Mangina pada Khamis lepas dan melihat dua pesakit telah dibenarkan pulang selepas mereka dirawat dengan sejenis rawatan protaip baharu bernama mAb114.

“Dua orang ini adalah di antara 10 pesakit pertama yang telah menerima molekul terapeutik mAb114,” meurut pihak kemeterian dalam satu kenyataan.

Dihasilkan di Amerika Syarikat, ia merupakan ubat terapeutik pertama digunakan dalam satu epidemik Ebola yang aktif di DRC.

Pada awal minggu ini, pihak kementeria­n kesihatan menyatakan empat jenis ubat dalam percubaan telah diluluskan bagi merawat pesakit yang dijangkiti.

Pada Jumaat lepas, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberikan amaran terdapat petunjuk bahawa virus tersebut merebak ke bandar Oicha di Kivu Utara akan menjejaska­n usaha bagi mengawal virus berkenaan.

Ketika Oicha sendiri tidak berada di bawah kawalan pemberonta­k, ketua respons kecemasan WHO Peter Salama menyatakan bandar tersebut telah dikepung sepenuhnya oleh wilayah yang ditahan oleh sebuah kumpulan pengganas Uganda yang disegani dikenali sebagai Allied Democratic Forces (ADF).

Jumlah besar orang awam yang terkorban dalam keganasan di sekitar Oicha, sementara pekerja bantuan, paderi dan majikan kerajaan dijadikan sebagai tebusan sekarang di sana oleh pihak pengganas.

Pada Jumaat lepas, pasukan tentera telah diserang di Beni, di tengah wilayah yang terjejas akibat Ebola, menurut sumber tentera dan awam. Serangan telah dipersalah­kan terhadap pemberonta­k ADF.

Tiada angka rasmi telah diberikan namun penduduk tempatan yang dihubungi oleh AFP kelmarin menyebut kirakira 10 anggota tentera telah terbunuh.

Wabak Ebola sekarang adalah yang ke-10 telah melanda DRC sejak 1976, ketika penyakit itu mula dikenal pasti dan dinamakan sempena sebatang sungai di utara negara. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KETAT: Pekerja kesihatan membawa keluar mayat pesakit yang belum diketahui disahkan dijangkiti virus Ebola baru-baru ini di Mangina, di Beni, wilayah Utara Kivu.
— Gambar AFP KAWALAN KETAT: Pekerja kesihatan membawa keluar mayat pesakit yang belum diketahui disahkan dijangkiti virus Ebola baru-baru ini di Mangina, di Beni, wilayah Utara Kivu.
 ?? — Gambar Reuters ?? CEGAH: Seorang pekerja kesihatan Congo memberi vaksin Ebola kepada seorang wanita yang telah bersentuha­n dengan pesakit Ebola di perkampung­an Mangina di Utara Kivu baru-baru ini.
— Gambar Reuters CEGAH: Seorang pekerja kesihatan Congo memberi vaksin Ebola kepada seorang wanita yang telah bersentuha­n dengan pesakit Ebola di perkampung­an Mangina di Utara Kivu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia