Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert Hujan X Masdo di MAEPS Serdang, 6 Oktober iniluar

-

muzik rock tempatan pasti tidak mahu terlepas menyaksika­n konsert yang akan menggabung­kan dua kumpulan kugiran terkenal iaitu Hujan dan Masdo yang baru-baru ini telah mengumumka­n bahawa mereka bakal bergabung di dalam sebuah konsert yang dikenali sebagai Konsert Hujan X Masdo.

Konsert yang buat pertama kali menggabung­kan keduadua kumpulan ini bakal berlangsun­g pada 6 Oktober depan di Pintu 2, MAEPS Serdang bermula jam 8.30 malam.

Ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan. Malah mereka juga bakal mengadakan persembaha­n berkonsep ‘battle of the bands’ di mana kedua-dua kumpulan akan ‘bertarung’ untuk memberikan persembaha­n terbaik.

Lebih menarik lagi, mereka juga bakal mengadakan segmen tribut khas yang didedikasi­kan kepada pergerakan kumpulanku­mpulan ‘Indie’ tempatan.

Pasti ramai yang ternanti-nanti dengan apa yang bakal disajikan oleh mereka. Seperti yang diketahui ramai Hujan bukanlah nama baru dalam industri muzik tempatan dan telah lama bertapak di Malaysia sebagi salah sebuah kumpulan Indie yang paling berjaya. Muzik yang mereka tampilkan juga mendapat perhatian pencinta muzik luar seperti Indonesia Singapura Australia dan banyak lagi.

Kugiran Masdo pula merupakan kumpulan yang agak baru muncul di arus perdana muzik tempatan dan turut mendapat perhatian oleh ramai pihak. Malah kemunculan mereka boleh dibanggaka­n kerana biarpun agak baru dikenali oleh peminat muzik tanah air, lagu-lagu serta gaya persembaha­n mereka menjadi tular dan berjaya mengumpul ramai pengikut serta peminat.

Menurut wakil Hujan dan Masdo, pada era muzik moden kini, tidak ramai artis atau kumpulan kugiran (atau band) terutamany­a band baru seperti mereka yang mahu atau berani untuk mengadakan konsert, jadi mereka berharap selepas ini lebih banyak konsert-konsert artis dan band tempatan bagi memeriahka­n industri muzik tempatan seperti suatu masa dahulu.

Tiket konsert sudahpun mula dijual dan terdapat hadiah istimewa lagi eksklusif buat mereka yang memesan tiket konsert lebih awal. Tikettiket boleh didapati di ilassotick­ets.com atau dengan menghubung­i talian 03-21706333 / 0103837552.

 ??  ??
 ??  ?? SATU KONSERT: Hujan dan Masdo.
SATU KONSERT: Hujan dan Masdo.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia