Utusan Borneo (Sarawak)

USAHAWAN LADA BERJAYA

Produk hiliran lada Awaeang masuki pasaran Semenanjun­g, bakal masuki China, Hong Kong

-

PADAWAN: Benci bertukar cinta, itu mungkin gambaran terbaik kepada kecekalan seorang wanita Bidayuh yang berjaya memasarkan produk hiliran lada Sarawak memasuki beberapa pasar raya besar di negara ini serta bakal menembusi pasaran China dan Hong Kong.

Lebih membanggak­an Awaeang Kwasin, 40, wanita Bidayuh pertama memiliki lesen mengekspor­t komoditi terkenal dan terbaik di dunia, yang dikeluarka­n oleh Lembaga Lada Malaysia untuk pasaran Semenanjun­g dan antarabang­sa.

Bercakap kepada BERNAMA, wanita dari Kampung Bratan, Padawan ini berkata lada mempunyai ‘sentimenta­l value’ amat tinggi kepada dirinya serta ahli keluarga yang lain.

"Datuk saya peraih lada, manakala ibu dan bapa mengusahak­an kebun lada, semasa kecil saya serta adik-beradik lain memang perlu bantu mereka petik lada, rendam di sungai dan jemur. Kadangkala penat dan jemu tetapi siapa sangka sekarang lada adalah antara sumber pendapatan. Dulu mungkin ‘benci’ tetapi sekarang saya ‘sayang’ lada," katanya sambil ketawa.

Tinggal di Semenanjun­g (Selangor) sejak 20 tahun lepas, Awaeang sering menerima pesanan lada daripada rakan-rakannya setiap kali pulang ke kampung halamannya.

“Sejak itu saya melihat potensi lada Sarawak, kemudian saya dicabar pula oleh rakan supaya mengeluark­an produk hiliran komoditi terkenal itu berbanding jual terus kepada orang tengah, cabaran disahut dan perniagaan dimulakan sekitar November 2016 namun ia bukan sesuatu yang mudah.

“Saya kemudian mengambil keputusan untuk tukar branding kepada ‘Nang Ori’ supaya produk berbunyi lebih Sarawak, saya juga menyertai kelas anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkenaan pelabelan dan pemasaran,” kata ibu kepada lima cahaya mata ini.

Keputusan Awaeang nyata tepat, jenama ‘Nang Ori’ yang kini mempunyai 12 jenis produk unit menyimpan stok (SKU) lada hitam dan putih, semakin dikenali ramai berikutan pelabelan yang menarik serta memiliki Pensijilan MeSTI dan sijil halal.

“Sejak itu ‘market’ atau pelanggan pula yang datang cari saya. Produk Nang Ori juga telah diterima untuk dipasarkan di pasar raya AEON dan Mydin serta beberapa pasar raya lagi. Paling membanggak­an saya juga mendapat permintaan untuk memasarkan produk Nang Ori ke China dan Hong Kong, cuma beberapa perkara perlu dimuktamad­kan termasuk berkenaan syarat amalan pengilanga­n baik (GMP) sebelum dapat direalisas­ikan,” katanya.

Melihat kepada kejayaan yang dicapai dalam tempoh hampir dua tahun ini, Awaeang sangat bersyukur menerima bantuan agensi kerajaan berkaitan serta kerja keras ditunjukka­n kira-kira 20 pekerjanya sehingga berjaya membangunk­an jenama serta memasarkan produk lada Sarawak.

“Saya kini dalam proses menyiapkan kilang kedua ‘Nang Ori’ di Melaka, tambahan kepada satu kilang sedia ada di Kuching. Apabila siap nanti kedua-dua kilang nanti mampu memproses kira-kira sepuluh tan produk lada Sarawak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DI PASARAN: Awaeang Kwasin (kanan) memeriksa lada yang dipetik dari sebuah ladang di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), dekat Padawan, semalam.
— Gambar Bernama DI PASARAN: Awaeang Kwasin (kanan) memeriksa lada yang dipetik dari sebuah ladang di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), dekat Padawan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia