Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MATI GANTUNG DIRI, TIADA UNSUR JENAYAH

-

KUCHING: Seorang lelaki yang ditemui mati disyaki menggantun­g diri di sebuah taman perumahan di Jalan Kuching-Serian petang kelmarin disahkan mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, mangsa berusia 58 tahun.

Dedahnya, hasil bedah siasat ke atas mayat mendiang yang dijalankan semalam dari jam 9.15 pagi hingga 11.30 pagi di Bilik Mayat Forensik Hospital Umum Sarawak mendapati tiada unsur jenayah terhadap tubuh mangsa.

“Sebelum bedah siasat dijalankan, pengecaman mayat telah dilakukan oleh adik dan ahli keluarga mangsa dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jelas Aidil lagi, hasil bedah siasat, pegawai perubatan mengesahka­n kematian mangsa adalah ‘consistent with hanging’ atau mati disebabkan terjerut tali.

Beliau memberitah­u, mayat mangsa ditemui pada 25 Ogos lalu selepas menerima panggilan daripada pengadu yang mengatakan ada tercium bau busuk yang kuat dari rumah jirannya.

Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tergantung menggunaka­n kabel elektrik yang diikat pada besi penghadang tangga dalam rumah mangsa.

“Mangsa memakai seluar jean dan berbaju T warna putih. Mayat mangsa telah mula mereput. “Mangsa tinggal seorang diri di rumah,” katanya. Difahamkan mangsa mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian.

Selain itu, mangsa turut dikatakan menghadapi masalah tekanan dan sentiasa menerima rawatan di Hospital Sentosa, Batu 7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia