Utusan Borneo (Sarawak)

Diveheart Malaysia bantu mangsa kemalangan kembali aktif

Freddick Jilam kembali aktif selepas hampir dua tahun hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Diveheart Malaysia memberi sinar kepada Freddick Jilam, 26, untuk kembali aktif selepas hampir dua tahun hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Beliau yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2016, terlantar selama lima bulan kerana mengalami kecederaan tulang belakang yang serius.

Kemalangan itu menyebabka­n Freddick hilang keupayaan kekal apabila keduadua kakinya tidak dapat bergerak sepenuhnya.

Bagaimanap­un setelah dipilih menyertai program menyelam bersama Diveheart Malaysia beliau mula memperoleh keyakinan dan kekuatan diri untuk kembali aktif.

“Saya berasa okey sekarang. Dengan bantuan penyelaras program Diveheart Malaysia untuk Malaysia Timur, Ernest Teo, saya mahu menyelam lagi.

“Saya berasa badan saya ringan ketika menyelam dan amat teruja apabila saya dapat bergerak bebas semula,” ka- tanya ketika ditemui di kolam renang di Stampark, BDC, dekat sini semalam.

Sementara itu, Teo berkata Freddick memaklumka­n kepadanya yang dia berasa lain ketika berada di dalam air kerana secara tiba-tiba berasa badannya ringan di dalam air.

Katanya Diveheart Ma- laysia baharu berusia empat tahun dan bagi cawangan Malaysia Timur ia baharu merangkak.

Menurutnya sesi latihan dijalani Freddick semalam merupakan sesi cubaan dan jika dia menunjukka­n perkembang­an positif Diveheart boleh melatihnya sebagai penyelam skuba.

Tambahnya bagi sesi percubaan seperti diikuti Freddick, kos yang dikenakan ialah RM300 dan beliau merupakan calon pertama dari Sarawak dipilih menyertai program berkenaan.

“Di Semenanjun­g Malaysia, tiga individu menjalani sesi ini dan salah seorang daripada mereka, keadaan- nya lebih teruk daripada Freddick.

“Apabila mereka boleh melakukan perkara berbanding sebelum ini, minda mereka akan berasa lebih kuat. Kami merancang menjadikan­nya program jangka panjang,” jelas Teo.

Tambahnya, program seumpama itu akan diperluask­an ke bahagian lain di Malaysia Timur serta Brunei Darussalam dan Kalimantan bagi membantu golongan kurang upaya.

Namun ujarnya, Diverheart Malaysia berdepan kekangan khasnya tenaga pengajar sukarelawa­n yang juga penyelam bertauliah selain menghadapi masalah dana.

Ini kerana katanya, Diveheart tidak menerima sumbangan secara langsung tetapi menerusi saluran lebih betul seperti pembiayaan lima sesi untuk calon yang mengalami masalah kurang upaya.

“Orang membayar terus untuk kursus bukan kepada Diveheart. Oleh sebab itu kami mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat tampil memberi sumbangan sebagai salah satu program tanggungja­wab sosial korporat mereka,” katanya.

Diveheart katanya, memerlukan dana bagi membeli peralatan menyelam untuk menjayakan program tersebut.

Sementara untuk tenaga pengajar sukarelawa­n, beliau berkata satu kumpulan dikenali Sukarelawa­n Diveheart Borneo akan ditubuhkan.

Teo turut memberitah­u bahawa perancanga­n masa depan Diveheart Malaysia Cawangan Malaysia Timur ialah menjalinka­n kolaborati­f dengan Pusat Akuatik Pandelela di Petra Jaya atau Kolam Renang Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Jalan Padungan bagi menganjurk­an program seperti itu.

Tambahnya kedua- dua pusat berkenaan menyediaka­n persekitar­an yang lebih kondusif kepada orang kurang upaya meningkatk­an keyakinan serta kekuatan diri.

Mereka yang mahu memberi sumbangan atau menaja program berkenaan boleh menghubung­i Teo di talian 012-889 2336.

Freddick yang berasal dari Kampung Kopit, Siniawan, Bau dekat sini kini sudah mula berjalan sendiri sekurangku­rangnya selama 10 minit.

Selain mengikuti sesi percubaan bersama Diveheart, Freddick juga mengikuti sesi fisioterap­i di Hospital Umum Sarawak (HUS) dua kali sebulan.

Malah pada sesi menyelam semalam, dua pengamal perubatan dari HUS membantu Freddick menjalani sesi itu.

Saya berasa okey sekarang. Dengan bantuan penyelaras program Diveheart Malaysia untuk Malaysia Timur, Ernest Teo, saya mahu menyelam lagi. Freddick Jilam Mangsa kemalangan

 ??  ?? LANGKAH AWAL: Freddick dibantu Teo (kiri) serta yang lain melakukan ‘water entry’ di Kolam Renang Stampark, BDC.
LANGKAH AWAL: Freddick dibantu Teo (kiri) serta yang lain melakukan ‘water entry’ di Kolam Renang Stampark, BDC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia