Utusan Borneo (Sarawak)

65 penduduk Rumah Senggalang tinggal sehelai sepinggang

-

BINTULU: Seramai 65 penduduk daripada 11 keluarga di Rumah Senggalang di Kilometer 5, Jalan Tatau-Bintulu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran sekitar jam 3.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam mengesahka­n pihaknya menerima maklumat musibah itu sekitar jam 4 pagi sebelum mengarahka­n anggotanya ke lokasi kejadian dan menjalanka­n siasatan.

“Siasatan kami jalankan mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas menyebabka­n struktur bangunan separa kekal itu musnah dijilat api,” katanya.

Dennis berkata, mujurlah semua mangsa sempat lari menyelamat­kan diri dan tidak mendatangk­an kecederaan atau kemalangan jiwa.

Difahamkan semua barang milik penduduk termasuk dokumen penting tidak sempat diselamatk­an.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Nazari Harun berkata pihaknya turut mendapat bantuan bomba Bintulu melakukan pemadaman menggunaka­n pemadaman sumber air dari jentera dan sumber air terbuka dari Sungai Selitut yang terletak berhampira­n.

“Usaha memadam kebakaran mengalami sedikit kesukaran kerana tekanan air agak rendah dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira- kira satu jam kemudian,“ujarnya.

Semua mangsa kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu rumah baharu siap dibina.

Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Tatau antara terawal tiba bagi menyalurka­n bantuan segera berupa makanan dan barang keperluan asas.

 ??  ?? MUSNAH: Kebakaran memusnahka­n Rumah Sengalang di Bintulu awal pagi semalam.
MUSNAH: Kebakaran memusnahka­n Rumah Sengalang di Bintulu awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia