Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan penerbanga­n SibuKK masih tunggu kelulusan

Lee tidak pasti bila akan diluluskan Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Permintaan penerbanga­n Sibu-Kota Kinabalu (KK) masih menunggu kelulusan, kata Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah- langkah diambil Kerajaan Sarawak berhubung permintaan rakyat Sibu untuk penerbanga­n itu menggunaka­n pesawat lebih besar berbanding MASwings.

“Kami telah mengajukan permintaan ini kepada Kementeria­n ( Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) sebelum ini dan kepada Kementeria­n Pengangkut­an serta AirAsia.

“Jadi, saya fikir AirAsia mencadangk­an penerbanga­n Sibu-KK (laluan). Jadi sekarang, kami menunggu kelulusan,” katanya pada sidang media sebelum merasmikan Teater Muzikal ‘Mamma Mia - The Musical’ mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini malam kelmarin.

Bagaimanap­un, Lee tidak pasti bila ia akan diluluskan kementeria­n terbabit.

“Kami tidak tahu statusnya ketika ini selepas diuruskan Kementeria­n Pengangkut­an.

“Ini kerana semua sebelum ini di bawah RAS (Perkhidmat­an Udara Luar Bandar) melibatkan subsidi dan sebagainya.

“Jadi, kami biarkannya kepada Kementeria­n Pengangkut­an,” jelasnya.

Ditanya jika beliau meramalkan ini berlaku tidak lama lagi, Lee berkata: “Kita sememangny­a ingin berlaku tidak lama lagi. Itulah sebabnya kita memperjuan­g isu ini sebelum ini.”

AirAsia menghentik­an laluan tersebut pada Ogos 2009 selepas beroperasi selama empat bulan memandangk­an MASwings diberi hak eksklusif oleh kerajaan memberi perkhidmat­an kepada laluan udara di luar bandar.

Ditanya sekiranya penerbanga­n terus Bintulu-Singapura akan diteruskan semula, Lee menjelaska­n bahawa semua syarikat penerbanga­n komersil memerlukan jumlah penumpang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, beliau fikir kerana jumlah penumpang rendah mereka perlu berhenti.

Untuk rekod, AirAsia memulakan laluan Bintulu- Singapura pada 27 Disember 2017.

Terdahulu, Lee ketika bercakap mengenai teater tersebut memberitah­u ia kali pertama teater itu diadakan di Sibu.

“Sebelum ini, persembaha­n itu sentiasa diadakan di Kuching dan sekarang kami membawa persembaha­n ini ke Sibu dan mungkin selepas ini ke bahagian lain,” katanya.

Teater Muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ ini dipersemba­hkan ahli- ahli koir Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS).

“Pada asasnya kami ingin menarik minat lebih tinggi daripada kalangan rakyat Sarawak dalam seni persembaha­n seperti ini,” katanya.

Kami telah mengajukan permintaan ini kepada Kementeria­n (Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) sebelum ini dan kepada Kementeria­n Pengangkut­an serta AirAsia. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? LEE KIM SHIN
LEE KIM SHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia